Salam Ramadan semua! Dah ada plan nak berbuka di mana ke tu? Kalau korang ada di Lembah Klang, ada satu restoran yang Min nak perkenalkan kepada peminat makanan Kantonis. Pernah dengar Canton Boy tak? Kalau belum pernah, harini Min nak kenalkan korang ke restoran ini!
Canton’s Boy, sebuah restoran yang expert dalam pembuatan dim sum halal dan nasi ayam ini terletak di MyTown Shopping Center, Kuala Lumpur. Mereka mempunyai pelbagai jenis makanan Kantonis yang asli dengan harga yang berpatutan. Kalau korang nak tahu, Foodie Tiktoker terkemuka, @CeddyOrNot pun ada membuat review tentang restoran ini tau. Boleh klik link ini untuk menonton video tersebut.
Daripada dim sum seperti xiao long bao dan siew mai sehinggalah makanan yang lebih berat seperti nasi ayam (kenapa ada nasi ayam? Ha sebab nama kedai ni Canton’s Boy – dim sum & nasi ayam!), semuanya nampak sangat menyelerakan!
Kalau korang tak tahu nak berbuka di mana, Min nak cadangkan korang berbuka di sini sebab mereka tengah ada promosi sempena iftar ni.
Promosi Berbuka di Canton’s Boy
1) Fusion Feast
Bermula dari 23 Mac, korang boleh datang untuk berbuka dengan Ramadan Set Menu Fusion Feast oleh Canton’s Boy dengan hanya RM 156 untuk 4 orang! Berbaloi ke tak? Ada apa di dalam set menu ini? Ha, kalau korang pilih set ini, korang boleh dapat 1 Nasi Goreng Yang Zhou, 1 Mi Seafood Kantonis, 1 Dumpling Pedas Sze Chuan, 1 Popiah Itik, 2 Siu Mai, 2 BBQ Ayam Bao, 4 Puding Manga dan juga 4 Kathira. Wah, menurut korang macam mana? Berpatutan tak? Menurut Min harga ni berpatutan sebab korang boleh dapat banyak makanan yang pelbagai yang dapat dikongsi bersama.
2) Oriental Indulgence
Ha, ini untuk yang nak pergi berdua je set ni memang sesuai untuk korang. Dengan hanya RM 76, korang boleh dapat 1 Ayam Panggang, 1 Kroket Keladi, 1 Acar, 2 Signature Nasi Minyak, 2 Sup, 2 Kathira, dan 2 Puding Mangga. Dapat free kurma jugak tau. Memang berbaloi ni kalau nak iftar berdua hehe.
Kalau korang memang peminat makanan Kantonis, ada satu lagi restoran yang Min boleh cadangkan. Nak tahu? Klik link di sini ya. Selamat berpuasa semua!
Lokasi
📍 Canton Boy – Dim Sum & Chicken Rice
Lot G-012B, Ground Floor, MyTown Shopping Centre.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur MyTown Shopping Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/97Rvwu7E78PKAfUh8
📞 +60 18-215 8999
📱Instagram: @cantonboy.my
📱Facebook: Canton Boy | Kuala Lumpur
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.