Cafe Aesthetic Di Kampung? Jom Singgah Hay Cafe Sekinchan Sambil Healing Dengan Coffee

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Cafe Aesthetic Di Kampung? Jom Singgah Hay Cafe Sekinchan Sambil Healing Dengan Coffee

Siapa kata kampung tiada cafe aesthetic. Haa sini min kenalkan dekat korang cafe aesthetic iaitu Hay Cafe yang terletak di Sekinchan. Apa yang lain dekat cafe ni dengan cafe biasa adalah Hay Cafe terletak bersebelahan dengan sawah padi. Korang boleh makan sambil tengok pemandangan sawah padi. Cafe ni best bila sawah padi tengah hijau dan cantik sebelum musim menuai tapi bila dah dituai pemandangan agak kurang sedikit.

Hay Cafe bukan sahaja memiliki cafe yang cantik tapi mereka juga memiliki makanan yang menarik untuk korang makan sambil healing. Kepada mereka yang suka bergambar dan suka ambil gambar makanan boleh datang ke sini. Mereka bukan sahaja ada kek dan coffee tapi mereka juga ada main dish seperti teriyaki chicken, nasi lemak ayam rempah, pasta dan macam-macam lagi. Sesuai sangat ajak family dan kawan-kawan datang sini sambil relax minum coffee.

interior
view

Meh sini min sharekan video review dari pelanggan yang pernah makan di Hay Cafe Sekinchan. Ramai yang berpuas hati dengan makanan yang mereka hidangkan dan harga sangat berpatutan. Min yakin kalau dekat bandar harga makanan yang sama lebih tinggi berbanding di kampung. Jadi rugi sangat kalau korang tak datang ke sini. Nak tahu lagi cafe menarik yang berada di area Sekinchan atau Sungai Besar boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/cafe-laman-choco-destinasi-persinggahan-untuk-mereka-yang-bercuti-di-sungai-besar-selangor/

Menu Hay Cafe

1. Nasi Lemak Ayam Berempah (RM15.00)

nasi lemak ayam berempah

Kalau korang datang nak makan nasi boleh order nasi lemak ayam berempah ni. Memang sedap dan ayam pun besar.

2. Smoked Duck Carbonara (RM22.00)

smoked duck carbonara

Teringin nak makan pasta, ini pilihan terbaik untuk korang cuba smoked duck carbonara. Rasa creamy pasta makan bersama smoked duck memang terbaik.

3. Grilled Salmon Rice (RM18.00)

grilled salmon rice

Peminat salmon boleh makan ni. Mereka hidangkan grilled salmon bersama nasi, telur, dan juga crispy garlic. Rasa grilled salmon makan pula dengan nasi panas memang sedap weh.

Hay Cafe Sekinchan adalah destinasi terbaik untuk mereka yang nak ketenangan dari bandar atau yang nak lari sekejap dari bandar KL. Korang boleh datang bercuti di sini dan nikmati makanan menarik yang ada di Hay Cafe. Hay Cafe dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Waktu mereka beroperasi hari Selasa mereka buka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang manakala hari Rabu hingga Ahad dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 petang. Singgahlah Hay Cafe untuk rasa ketenangan selepas sibuk bekerja.

Location

📍Hay Cafe
3°31’35.5″N 101°08’14.0″E, 45400 Sekinchan, Selangor

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/Tfh1YJXLbdMq8RBQ7

📲 Instagram: https://www.instagram.com/hay.paddy/?hl=en