Selalunya bila cakap pasal burger, kita akan fikirkan yang burger ni ada roti burger, salad, tomato, sos, mayonis, keju, dan daging burger. Itu yang paling senang nak difikirkan. Tapi apa yang membuatkan sesuatu burger ni betul-betul rasa sedap? Sekarang ni, Izzah nak bawa korang menelusuri rasa cheeseburger “authentic” di Pasadena Burger, tempat yang pertama sekali menghasilkan cheeseburger!
Terletak di Mont Kiara, Restoran Pasadena ini menjanjikan rasa burger seakan-akan ibu punya homemade cooking. Bukan itu sahaja, dekorasi di restoran ini memberikan rasa US yang akan membuatkan korang terbayang seperti berada di Amerika sendiri! Banyak review yang menyatakan kesedapan burger yang dihasilkan oleh Pasadena.
Burger di Pasadena
Di Pasadena, burger mereka menggunakan roti brioche untuk menjadikan rasa lebih mentega. Ini memandangkan roti burger gourmet yang sebenar tidak mempunyai bijan! Daging berair yang segar disediakan, menjadikannya cair di dalam mulut anda apabila digigit.
Menu Sesuai Untuk Setiap Masa
Untuk pengetahuan semua, burger-burger di Restoran Pasadena sesuai dimakan untuk setiap masa. Tidak kira untuk sarapan pagi, makan tengahari, mahupun makan malam. Semuanya sesuai!
Bahan-Bahan Yang Asli dan Bermutu
Kalau korang perasan, harga burger di Pasadena ni mahal sikit daripada restoran lain. Tapi ada sebabnya tau. Untuk pengetahuan korang, hampir semua bahan-bahan makan dari Pasadena menrupakan barang asli yang diimport khas dari USA. Dari brioche ban yan lembut hingga ke sos burger. Hanya salad dan tomato sahaja dari Malaysia untuk mengekalkan kesegarannya. Restoran Pasadena menumpukan pada makanan yang tulen dan berkualiti untuk pelanggan mereka.
Menu
Blue Cheeseburger
Rasa burger ni amat sedap terutama sekali kalau korang peminat daging! Rasa daging yang diimport khas dari Australia ini menjanjikan korang merasai hidangan gourmet. Keju biru di dalam burger ini menambahkan rasa sebenar pada burger, dicairkan dengan bawang dan daging lembu yang rangup. Mantap!
All Meat Cheeseburger
Memandangkan Pasadena ialah tempat dimana cheese burger pertama kali dibuat di dunia, teramatlah rugi kalau korang tidak mengambil kesempatan merasai keautentikan All Meat Cheeseburger Pasadena! Sememangnya sedap sehingga menjilat jari! Terbaik!
Mushroom Swiss Cheeseburger
Korang wajib rasai kesedapan burger ni. Rasa cendawan yang dimakan dengan burger daging dan ditambahkan pula dengan keju pasti membuatkan korang ingin memakannya lagi dan lagi. Terbaik
Frosty Fries
Yang ni semestinya lain dari yang lain. Korang ada ke nampak restoran lain menyediakan hidangan dimana fries atau curly fries mereka boleh dicicah dengan milkshake? Pasadena ada menyediakan hidangan tersebut dengan Frosty Fries. Dan, untuk pengetahuan korang, menu ini ada menyediakan perisa vanila, coklat, dan strawberi. Bukan itu sahaja rasa milkshake ni sungguh berkrim tapi halus bila diminum. Ianya amatlah sesuai bila digandingkan dengan fries.
Restoran Pilihan Heinz & Michellen
Yang pastinya, burger-burger dari Pasadena sememangnya menjanjikan korang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan setelah korang memakannya. Bukan itu sahaja, Pasadena amat menjamin kualiti burger mereka sehingga terpilih untuk Heinz dan Michellen selection! Bukan biasa-biasa tu.
Malahan, betapa hebatnya Pasadena ni, restoran ini pernah dijemput untuk menyediakan hidangan buat duta US! Tapi, yang pentingnya, korang hanya boleh mengalami semua ini hanya kalau korang mencuba burger di Restoran Pasadena. Untuk maklumat lanjut, sila skrol ke bawah. Untuk mengetahui makanan yang sedap di kawasan Mont Kiara, tekan link ini: https://purpledurian.my/food-review/6-kafe-dan-restoran-terbaik-di-mont-kiara/
Lokasi
📍Pasadena Burger & Coffee (Mont Kiara)
C-0G-01B, Block C, Plaza Mont Kiara, 2, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/LqKmYNPcUDtEb6FSA
Article currated by Izzah Norsham