Pernah tak korang teringin nak makan makanan yang terdapat kat restoran yang mewah? Mesti pernah kan. Makanan yang mereka sajikan pula memang menarik perhatian betul. Pada 23 Jun yang lepas, kami dah pergi ke Pavilion Feast ni tau. Kami disajikan dengan pelbagai makanan dari restoran yang terkenal yang terdapat di Pavilion Kuala Lumpur ni.
Berikut adalah tempat yang kami cadangkan:
First stop masa kami pergi ke Pavilion ni adalah Michelangelo’s Restaurant & Bar. Kami disajikan dengan pelbagai makanan menarik tau. Memang tak puas rasa nak tapau je bawa balik. Kami dapat try Tortelli Salmonati yang disajikan oleh cef dari restoran tersebut. Selain tu, kami dapat try Risotto Pollo Funghi dan Cannoli. Semua sedap!
Seterusnya, kami pergi ke OCEAN TWE12VE. Restoran ni khasnya menyajikan makanan laut. Besar betul Salt-Baked Tiger Grouper untuk kami masatu. Memang nikmat lah orang kata. Selain tu kami dapat juga try Sicilian Stuffed Squids mereka. Penuh betul isi dalam sotong tu tau.
Selepas merasai restoran yang mewah ni, rasa macam nak makan makanan yang masam dan pedas pula. Next stop kami ke ParaThai. Uniknya di sini, kami disajikan dengan air yang kami sendiri tak pernah terbayang. Korang pernah ke terfikir untuk try Coke Tomyam? Tak pernah kan? Ha kat sini ada tau untuk korang rasa. Alright ke gabungan coke dengan tomyam ni? Macam tak pernah dibuat orang kan?
Pedas betul tau Som Tam Goong Krob ni tapi sedap. Mulut pun dah pedas, memang rasa nak hilangkan kepedasan tu dengan minum minuman yang manis. Jadi, next stop kami ke Tealive Plus. Korang pernah pergi tak Tealive Plus ni? Khabarnya ada satu cawangan je di Malaysia ni iaitu di Pavilion. Harapnya Tealive Plus ni akan dibuka juga di negeri lain pada masa akan datang untuk korang cuba sendiri seleksi menu kat sini. Memang berbeza tau dengan cawangan Tealive yang biasa. Menu memang lain dari yang lain!
Nampak menarik tak? Korang jangan lepaskan peluang tau untuk datang ke Pavilion selama sebulan ni. Banyak makanan sedap tau untuk korang cuba. Memang tak menyesal. Nantikan bahagian seterusnya pula!
Lokasi📍
Pavilion Kuala Lumpur
168, Bukit Bintang St,
Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Federal Territory of Kuala Lumpur
🗓️ 24 June 2022-24 July 2022
Google Maps: Pavilion Kuala Lumpur