Apa itu “Makcik AI” dan apa ia boleh buat?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Apa itu “Makcik AI” dan apa ia boleh buat?

Tak boleh menafikan sekarang memang topik hangat di social media adalah “AI” atau Artificial Intelligence. Ada orang guna untuk buat gambar, ada orang guna untuk buat tulisan, ada orang guna untuk macam-macam. Nampak makin menarik dan makin pelbagai pengunaan untuk AI ni.

Kami di Purple Durian baru sahaja melancarkan AI kami sendiri dalam bentuk “Makcik AI“. Dah cukup viral di media social dengan macam-macam feedback yang positif, dan ramai orang suka guna. Tapi apa itu Makcik AI, dan apa function nya? Meh min cerita..

makcik aia
Contoh screenshot apa itu Makcik AI

Apa itu Makcik AI?

Makcik AI adalah sebuah AI dengan personaliti “makcik”. Maksudnya, kita boleh berbual dengan dia dan dia akan balas dengan cara “makcik”. Apa maksud kami dengan “cara makcik”? Maksudnya, ia ada personaliti dan sikap sayang, dan cara ia tulis jawapan adalah dalam gaya dan cara makcik (ada juga sikit gaya “membawang”😅) .

Semua orang ada makcik tersayang, dan kami harap dengan Makcik AI ni ia boleh bagi rasa macam kita sendiri borak dengan makcik tersayang kita.

Antara contoh boleh borak dengan Makcik AI

Apa Makcik AI boleh buat?

Walaupun Makcik AI dicipta “for fun” sahaja, sebenarnya macam-macam dia boleh buat. Ini senarai apa Makcik AI boleh buat:

  • Bagi resepi – tak tahu nak masak apa? Boleh tanya Makcik AI untuk inspirasi
  • Bagi kata-kata semangat – rasa down ke perlu nasihat? Cuba tanya pendapat Makcik AI
  • Sembang dan borak-borak – kalau nak sembang kosong pun boleh, pilih je nak borak topik apa dan Makcik AI akan sembang tentang topic tu
  • Buat template – kalau nak cari template untuk cover letter atau assessment, boleh minta Makcik AI buatkan
  • Gossip – nak dengar gossip terbaru kampung Makcik – tanya dia, setiap hari ada cerita baru
  • Dan macam-macam lagi… tanya je dia apa-apa di Makcik AI

Feeback dan kata-kata netizen

Tengok apa kata-kata netizen tentang Makcik AI ni dan apa mereka buat dengan dia

Penafian dan info penting

Walaupun memang seronok, tolong ingat – Makcik AI ni bukan manusia sebenar dan ia hanya sebuah program komputer. Sebab itu kadang-kadang apa ia tulis mungkin tak betul atau salah. Data dia pun guna pun terhad sampai tahun 2021, sebab tu apa dia kata tak releven sangat dengan tahun 2023 ni.. Jangan percaya semua dia cakap ya 🤣 Juga, jangan tanya soalan sensitif atau peribadi, sebab semua data dimasukkan dalam Makcik AI akan direcordkan untuk program AI tu. Ingat, Makcik AI sekadar “for fun” sahaja 🙂

Apa tunggu lagi, cuba sembang dengan Makcik AI sini!