Selamat datang ke Elephant Resort Cafe, Kafe baru yang kini menjadi bual mulut di dalam dunia kulineri di Petaling Jaya yang pastinya akan memikat selera korang. Terletak di kawasan yang tenang dan indah, kafe ini menawarkan lebih daripada sekadar hidangan lazat.
Kafe ini bukan hanya sebuah kafe biasa, tetapi ianya juga merupakan sebahagian daripada Elephant Sanctuary yang menarik. Ketika korang mengunjungi kafe ini, korang dapat merasakan kehadiran semangat haiwan yang besar dan hebat dalam dekorasinya. Hiasan berunsur gajah dan gambar-gambar indah menghiasi dinding, menjadikan tempat ini penuh dengan suasana yang tenang dan damai.
Bagi korang yang nak cuba cafe menarik di Tampin, boleh klik link ini untuk info.
Menu
Salah satu aspek yang membuat Elephant Resort Cafe begitu istimewa adalah pilihan luas menu makanan mereka. Korang akan menemui pelbagai hidangan yang memikat dan memuaskan. Untuk penggemar sarapan, korang akan dimanjakan dengan hidangan seperti “Big English Breakfast” yang lazat disertakan roti bakar yang empuk. Bagi mereka yang lebih suka santapan tengah hari, menu makanan siang mereka yang memikat termasuklah hidangan seperti “Maple Fried Chicken Croffle” dan “Truffle Al Funghi”.
Big English Breakfast
Big English Breakfast. bukan sahaja hidangan yang dapat mengisi perut tetapi juga menggembirakan selera. Hidangan ini selalu mengandungi gabungan [pelbagai elemen seperti telur. Biasanya, telur mata lembu dihidangkan. Selain telur, bakon lembu adalah bintang lain dalam hidangan ini. Sebilangan orang suka bakon lembu yang rangup, manakala yang lain lebih suka yang lebih lembut. Rasanya yang masin dan berlemak adalah tambahan yang sempurna dengan elemen-elemen lain. Ianya juga ditambah dengan sosej berperisa atau sosej tradisional. Mushrooms dan tomato juga menjadi pelengkap yang lazat dalam hidangan ini. Mushrooms yang dipanggang atau digoreng dengan mentega adalah sentuhan yang memberikan rasa unik dan tekstur yang menyeronokkan. Tomato yang dibakar memberikan rasa masam yang menyegarkan yang sesuai dengan rasa masin bakon lembu dan sosej. Jangan lupa tambahan baked beans dan hashbrown. Ini adalah tambahan lazat yang memberikan rasa manis dan ranggup yang sempurna pada hidangan ini.
Maple Fried Chicken Croffle
Croffle adalah gabungan antara waffle dan croissant dan merupakan sebuah ciptaan yang memberi tekstur luar biasa yang garing di luar dan lembut di dalam. Ketika korang memotongnya dengan pisau, Korang akan mendengar suara ranggup yang memikat. Namun, apa yang membuatkan “Maple Fried Chicken Croffle” di Elephant Resort Cafe istimewa adalah ayam goreng yang disajikan di atasnya. Potongan ayam yang digoreng dengan sempurna memiliki lapisan kulit yang garing dan rempah yang meresap hingga ke dalam daging. Setiap gigitan adalah gabungan dari rasa sedap dan manis yangmenarik. Tambahan sirap maple yang dituangkan di atasnya, memberikan sentuhan manis dan karamel yang sempurna. Kombinasi antara croffle, ayam goreng, dan sirap maple adalah seperti sebuah simfoni rasa yang memukau. Rasa hidangna ini sangat seimbang.
Truffle Al Funghi
“Truffle Al Funghi” adalah salah satu hidangan klasik yang memukau dengan rasa truffle yang kaya dan rasa cendawan yang enak. Dalam hidangan ini, cendawan butang dan truffle hitam berkumpul dalam satu pinggan yang menyelerakan. Namun, di Elephant Resort Cafe mereka memberikan kelainan dengan menggunakan kombinasi rasa sempurna ini pada pizza. Kelembutan cendawan dan aroma unik truffle mencipta pengalaman makanan yang unik. Apabila korang pertama kali mencuba Truffle Al Funghi, korang akan terpegun dengan keharuman dan rasa yang lembut. Aroma truffle yang kaya memberi hidangan ini lapisan rasa yang luar biasa. Cendawan yang lembut menambah tekstur dan rasa pada hidangan ini.
Bagi korang yang nak cuba cafe yang hidangkan makanan ala-ala hotel, boleh klik link ini untuk info
Review
Satu lagi aspek yang membuat Elephant Resort Cafe begitu unik adalah kehadiran elemen gajah. Cafe ini bekerjasama dengan Elephant Sanctuary untuk menyediakan pengalaman unik kepada pengunjung. Korang boleh melihat elemen gajah yang indah di kafe ini, Elephant Resort Cafe juga menawarkan suasana yang santai dan mesra. Kakitangan yang mesra dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi adalah norma di sini. Korang pasti akan merasa seperti sebahagian daripada keluarga ketika korang mengunjungi kafe ini.
Elephant Resort Cafe adalah tempat yang harus korang perlu kunjungi jika korang mencari pengalaman makanan yang unik dan memuaskan di Petaling Jaya. Dengan hidangan lazat, dan suasana yang damai, kafe ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada korang . Jadi, jangan lupa membuat tempahan dan merancang kunjungan korang pada hari ini. Korang pasti akan kembali untuk mencuba lagi. Selamat menikmati!.
Lokasi
📍Elephant Resort Cafe
Lot LG 602, 1UE, One Utama Shopping Mall, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/4AZSeAXj2PEYK6r9A
⏰ Operation Time: 10.00am-10.00pm (Monday-Sunday)
📞 Telephone Number: 017-623 2427
📲Facebook:https://www.facebook.com/ElephantResort.OneUtama?mibextid=ZbWKwL
📲Instagram:https://instagram.com/elephantresort?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==
Article Curated By Amir Haziq