Apabila bulan puasa menjelma, salah satu perkara yang paling dinanti nanti kan oleh orang ramai adalah bazaar ramadan. Dengan pelbagai jenis juadah yang dijual, siapa je tak rambang mata kan? Lebih lebih lagi kita orang Malaysia memang dikenali sebagai rakyat yang suka makan so bila datang je bazaar ramadan ni memang bagaikan syurga dunia lah!
Bazaar ramadan ni seronok tau. Vibes dia memang lain daripada lain. Kita dapat lihat rakyat Malaysia dari pelbagai kaum membeli makanan untuk ahli keluarga mereka yang tercinta. Selain daripada itu, bila bulan puasa ni, semua makanan dan minuman nampak sedap. Air kosong pun nampak macam teh ais kan? Jadi harini Min nak kongsikan dengan korang apa makanan wajib dan popular yang rakyat Malaysia selalu beli ketika bulan Ramadan.
MAKANAN POPULAR DI BAZAAR RAMADAN
1) Roti John
Juadah ni boleh dikatakan ‘King of Bazaar Ramadan’ ketika bulan Ramadan. Kalau pergi bazaar je mesti ramai orang akan beratur untuk beli roti john ni. Sekarang ni banyak sangat variasi roti john, bukan sekadar ayam dan daging je, ada jugak roti john dengan tambahan cheese, kambing dan macam macam lagi.
2) Tepung Pelita
Tepung pelita ialah kuih yang diperbuat daripada santan dan kastard pandan, kemudian dikukus dalam kotak kecil yang diperbuat daripada daun pisang. Kalau sebut kuih apa yang sering orang beli waktu bulan Ramadan memang tepung pelita antara kuih yang akan top the list lah. Min punya favourite part adalah bahagian kastard pandan tu lagi lagi kalau makan waktu sejuk. Fuh… memang sedaplah.
3) Ayam Percik
Kalau tengok animasi Upin & Ipin, lagi lagi episode bazaar Ramadan, ayam percik Mail lah yang jadi tarikan utama. Bukan sahaja dalam animasi tau, dalam dunia nyata pun ayam percik ni sangat popular. Ayam percik yang berasal dari Kelantan ni diperap dengan sos dan rempah ratus kemudian dibakar. Apa yang membezakan ayam percik sesama peniaga adalah sos mereka. Ada yang pedas sikit, ada yang manis sikit. Yang penting, ayam percik memang tetap the best!
4) Murtabak
Murtabak ni pun antara menu yang akan ada orang beratur di bazaar ramadan. Selalunya orang beli murtabak ayam atau daging. Tapi sekarang ada banyak variasi murtabak. Murtabak maggi pun ada tau! Min kalau ke bazaar ramadan memang wajib lah beli murtabak ni. Tahun lalu ada murtabak dengan harga serendah RM 4 yang viral di bazaar ramadan. Boleh click sini untuk tengok video tu.
5) Apam balik
Adakah benar-benar lengkap perjalanan anda ke bazar ramadan jika anda tidak membeli apam balik? Macam tak lengkap kan? Apam balik ni memang antara menu yang kita akan nampak setiap kali lalu ke bazaar ramadan. Ianya sejenis kuih yang mempunyai dua jenis iaitu apam balik tebal dan apam balik nipis. Apam balik tebal ni dia lebih gebu manakala apam balik nipis lebih kepada crunchy. Kebiasannya diisi dengan gula, jagung manis, dan kacang tanah. Tapi sekarang apam balik ni dah banyak jenis tau. Ada jugak inti seperti coklat, strawberi, nestum dan banyak lagi.
6) Putu Bambu
Haa putu bambu ni pun jadi pujaan ramai tau di bazaar Ramadan. Bahan asas putu bambu ialah tepung beras yang dimasukkan ke dalam acuan kecil yang diperbuat daripada buluh. Bahagian tengah pula diisi dengan gula merah kemudian dikukus. Selepas dikukus, putu bambu ditabur dengan kepala parut. Orang kita memang paling suka kuih kuih yang ada inti kelapa atau gula merah, jadi tak hairanlah kalau putu bambu ni memang terkenal di bazaar ramadan.
7) Air Kelapa
Air kelapa ni memang menurut Min minuman yang wajib ada lah untuk berbuka puasa sebab ia sangatlah menyegarkan. Dapat pulak isi kelapa dia yang tebal dan manis, fuh memang lega rasanya. Memang air yang paling perfect untuk berbuka puasa.
Wah, lepas Min dah listkan makanan wajib ni jadi tak sabar pulak untuk ke bazaar Ramadan. Agak agak tahun ni apa makanan yang akan jadi popular di bazaar ramadan ye? Walaupun membeli makanan di bazaar ramadan ni sesuatu yang exciting, satu perkara yang perlu kita ingat ketika ke bazaar adalah untuk tidak membeli secara berlebihan. Jadi beli lah secara berpada ya. Oh dah alang alang tu, kalau korang nak ambil feel bazaar Ramadan boleh klik link di sini.