Dalam dunia masakan, daun sering kali menjadi bahan penting yang memberikan aroma, rasa, dan tekstur unik pada hidangan. Di Malaysia, kita menggunakan daun aromatik sebagai penambah rasa. Berikut adalah lima jenis daun aromatik yang biasa digunakan dalam pelbagai budaya masakan:
1. Daun Selasih
Daun selasih terkenal dengan aroma segar dan rasa yang sedikit manis. Di Malaysia, daun aromatik ini sering digunakan dalam masakan seperti nasi ulam, atau dimakan sebagai ulam. Di Thailand pula, kemangi banyak digunakan dalam hidangan seperti pad kra pao untuk memberikan rasa yang lebih segar.
2. Daun Kunyit
Sering digunakan untuk menambah aroma dan rasa kepada hidangan seperti rendang, gulai, nasi lemak, dan masak lemak. Ia memberi wangi yang khas dan sedikit rasa pahit yang menyedapkan makanan. Daun kunyit digunakan untuk menghilangkan bau hanyir dalam hidangan berasaskan ikan atau makanan laut.
3. Daun Pandan
Tumbuhan ini sangat popular di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan, baik manis mahupun gurih. Daun ini sering digunakan untuk memberi aroma pada nasi seperti nasi lemak, dan dalam pembuatan kuih-muih tradisional seperti seri muka, agar-agar, dan kuih talam.
4. Daun Kari
Seringkali digunakan dalam masakan India dan Sri Lanka, serta sangat terkenal dalam masakan Malaysia, khususnya masakan berempah seperti kari ayam dan kari ikan. Daun ini ditumis bersama rempah lain untuk mengeluarkan aromanya yang kuat sebelum bahan utama ditambah.
5. Daun Ketumbar
Cilantro, yang juga dikenali sebagai Daun Ketumbar, mempunyai rasa tajam dan sedikit pedas. Di Malaysia, daun ini sering digunakan dalam hidangan sup, salad, dan sebagai hiasan untuk menambah rasa segar pada masakan. Ia juga popular dalam masakan Mexico seperti salsa dan guacamole.
Kesimpulannya, setiap jenis daun yang digunakan dalam masakan mempunyai karakteristik tersendiri yang mampu memperkayakan cita rasa hidangan. Dengan mengenali dan menggunakan daun-daun ini dengan betul, anda dapat mencipta rasa yang lebih kaya dan menarik dalam masakan.
Baca juga artikel:
- 5 Jenis Kerabu yang Popular di Malaysia: Makanan Unik, Pelbagai Rasa.
- Resepi Takoyaki: Snek Jepun yang Menggoda Selera.
Artikel oleh Syuriana Ibrahim.