30 Hari 30 Resipi by Khairul aming : Tiramisu

You are currently viewing 30 Hari 30 Resipi by Khairul aming : Tiramisu

Hey wassup guys! Harini kita nak ajar korang cara buat Tiramisu menggunakan resipi yang paling senang dan mudah.
Jom tengok!

MENU: TIRAMISU

Tiramisu BY Khairul aming

Bahan-bahan:

    • 1 kotak kecil whipping cream
    • 1 cawan gula kastor
    • 250g krim keju
    • 4 sudu serbuk kopi segera
    • 1 cawan air
    • Biskut ladyfinger
    • Serbuk koko

    Cara-cara:

    1 kotak kecil whipping cream
    • Pertama sekali, tuang satu kotak kecil whipping cream ke dalam mangkuk dan putarkan sehingga krim itu kembang.
    1 cawan gula kasta
    • Kemudian, masukkan 1 cawan gula kastor.
    250g/gr cream cheese - tiramisu
    • Putarkan sekali lagi. Kemudian, masukkan 250g krim keju.
    4 sudu serbuk kopi instant - tiramisu
    • Masukkan 4 sudu serbuk kopi segera ke dalam bekas yang lain, dan campurkan dengan 1 cawan air.
    Ambil lady fingers celup sekejap sahaja
    • Celupkan biskut ladyfinger ke dalam campuran kopi dan air. Celup sekejap sahaja. Lebih kurang 2 saat.
    then susun dalam tray - tiramisu
    • Ambil biskut ladyfinger yang telah dicelupkan tadi dan susun di dalam bekas.
    letakkan first layer cream dekat atas lepas tu sambung
    • Sapukan adunan krim keju yang telah diputar tadi ke atas biskut ladyfinger sebagai lapisan pertama. Ulangi proses yang sama untuk lapisan kedua.
    final layer
    • Akhir sekali, sapukan campuran krim keju untuk lapisan terakhir dan ratakan dengan menggunakan spatula.
    taburkan koko powder - tiramisu
    • Selepas ratakan krim, taburkan serbuk koko di bahagian atas dengan penuh rata. Simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Sebaiknnya, simpan untuk semalaman sebelum dihidang untuk berbuka puasa.

    Sangatlah senang dan sedap. Rasa yang seimbang dapat diperolehi melalui krim, kopi dan biskut di dalam Tiramisu. Selamat mencuba! Kalau korang tak mahu buat, boleh je beli Tiramisu di kafe Oh Apong!

    Untuk korang yang nak lihat video asal Khairul Aming boleh tekan link di bawah ini:

    @khairulaming

    Puasa ke-4 : Tiramisu. Ini versi simple yang senang nak buat dan tak pakai banyak bahan. Boleh makan sejuk-sejuk untuk dessert berbuka atau moreh nanti 🤤 #IftarwithKhairulaming #KongsiSelera #KongsiBersama

    ♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming