Hai, semua! So, sempena hari puasa ke-17 ni, min nak kongsikan pula resepi Laksa Penang yang sangat popular di kawasan utara Malaysia. Dalam namanya sendiri pun ada perkataan ‘Penang’. Jadi tentu korang boleh teka sendiri dari mana asalnya menu ni dapat namanya kan?
Sebelum min teruskan, untuk pencuci mulut, korang boleh cuba buat Frozen Yogurt Bar. Sangat-sangat sedap dan bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Nak tengok resepinya boleh klik kat sini. Ok, jom semak resepi Laksa Penang kat bawah. Sesuai untuk buat menu berbuka puasa ataupun rumah terbuka masa raya nanti.
MENU: LAKSA PENANG
Masa penyediaan: 30 minit
Masa memasak: 20 minit
Jumlah hidangan: 2-3 orang
Bahan-bahan:
- 1 kg ikan kembung
- Asam keping
- 1 bawang besar
- 4 cili padi merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 ketul belacan (dibakar)
- Cili kisar
- 3 bunga kantan
- Daun kesum
- Garam
- Serbuk perasa secukupnya
- Air asam jawa
- Mee laksa
- Telur
- Daun salad
- Timun
- Limau kasturi
Cara-cara:



- 1. Mula-mula, rebuskan 1 kg ikan kembung bersama dengan 3 asam keping. Bila dah masak, asingkan ikan dan air rebusan. Kemudian, asingkan juga isi ikan dan tulang ikan dalam mangkuk yang berlainan.


- 2. Setelah itu, kisar isi ikan bersama air rebusan tadi sehingga isi ikan lumat. Ulang langkah ni untuk tulang ikan juga. Pastikan air rebusan dilebihkan sedikit supaya tulang ikan dapat dikisar dengan lebih mudah dan betul-betul hancur.

- 3. Seterusnya, ambil bawang besar, bawang putih, cili padi merah dan belacan yang telah dibakar dan kisar juga sehingga lumat.



- 4. Didihkan bahan kisar bersama dengan isi ikan yang telah lumat tadi. Tambahkan juga tulang ikan yang sudah dikisar hancur tadi. Pastikan korang gunakan penapis supaya sisa tulang-tulang ikan yang tajam tidak bercampur dengan kuah. Kalau tak, habis tercekik pula orang yang makan laksa korang nanti hehe.

- 5. Kemudian, masukkan cili kisar, air, bunga kantan, daun kesum, asam keping, air asam jawa, garam dan serbuk perasa secukupnya.

- 6. Selepas kuah dah siap, boleh celur mee laksa dalam air yang mendidih. Kemudian, terus letakkan dalam mangkuk.


- 7. Akhir sekali, korang boleh tuangkan kuah dan letak apa-apa topping yang disukai. Contohnya, daun salad, bawang yang dihiris nipis, timun, nenas, cili potong dan limau kasturi.
Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Laksa Penang