MENU: KERABU BILIS
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 1-2 orang
Bahan-bahan:
- Ikan bilis
- Kacang panjang (dipotong)
- 1/2 biji bawang merah (dihiris)
- 1 ulas bunga kantan (dihiris)
- 4-5 biji tomato ceri (dibelah dua)
- 3 biji cili padi merah (dipotong)
- 2 biji limau nipis
- Gula
- Serbuk perasa
- Sos ikan
Cara-cara:
- 1. Pertama sekali, gorengkan ikan bilis dalam minyak yang panas sehingga warnanya bertukar kecoklatan. Kemudian, toskan dan letak di tepi buat sementara.
- 2. Dalam mangkuk yang berlainan, masukkan kacang panjang, bawang merah, bunga kantan, tomato ceri, cili padi merah dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
- 3. Perahkan 2 biji limau nipis, serta masukkan juga gula, serbuk perasa dan sos ikan secukup rasa.
- 4. Gaul rata semua bahan dan selepas tu bolehlah dihidang untuk dinikmati bersama keluarga!
Simple juga resepi yang satu ni kan? Boleh cuba buat waktu berbuka ataupun sebagai kudapan waktu malam bila tengah lapar atau study. Kalau korang nak tengok video resepi dari KA, boleh klik sini. Satu lagi resepi yang mungkin korang boleh cuba adalah Kerabu Suhun. Bahan-bahan dan cara-cara nak buat dia lebih kurang je. So, selamat mencuba semua!