Hello, semua! Harini min nak share resepi manisan Buko Pandan yang sangat sedap bila dihirup waktu berbuka puasa. Jom kita semak resepi best daripada KA kat bawah!
MENU: BUKO PANDAN
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 2-3 orang
Bahan-bahan (Agar Hijau):
- 3 helai daun pandan
- 1 liter air
- Pewarna hijau/ perisa pandan
- 1/2 cawan gula
- 10g serbuk agar-agar
Bahan-bahan (Sagu):
- 1 cawan biji sagu
- Pewarna hijau/ perisa pandan
Bahan-bahan (Kuah Buko):
- 1 kotak kecil whipping cream
- 1 cawan susu full cream (KA gunakan susu UHT)
- 1/4 cawan susu krimer pekat manis
- 1 cawan krimer sejat
- 1 cawan air kelapa
- Pewarna hijau/ perisa pandan
Cara-cara:
- 1. Pertama sekali, ambil 3 helai daun pandan. Potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam blender. Kemudian, ambil 1 liter air dan guna sebahagian air itu untuk kisar bersama daun pandan.
- 2. Baki air tadi masukkan ke dalam periuk dan campurkan semula air pandan yang sudah ditapis tadi. Tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warnanya lebih cantik.
- 3. Seterusnya, masukkan 1/2 cawan gula dan 10g serbuk agar-agar. Didihkan semua bahan tadi. Selepas mendidih, tuangkan ke dalam apa-apa bekas dan sejukkan di dalam peti ais.
- 4. Kemudian, masak 1 cawan sagu di dalam periuk. Tambahkan sedikit pewarna hijau. Selepas itu, potong agar-agar yang sudah sejuk dari dalam peti ais tadi.
- 5. Seterusnya, untuk membuah kuah, sediakan satu kotak kecil whipping cream dan pukul sehingga separa kembang.
- 6. Tambahkan 1 cawan susu full cream, 1/4 cawan susu krimer pekat manis dan 1 cawan krimer sejat.
- 7. Kemudian, tuangkan juga 1 cawan air kelapa dan sedikit pewarna hijau jika mahu. Kacau sehingga rata.
- 8. Akhir sekali, letakkan ais, agar-agar hijau, nata de coco, buah laici dan isi kelapa di dalam mangkuk. Kemudian, tuangkan saja kuah buko pandan tadi ke atas bahan-bahan tersebut. Siap untuk dihidang!
Macam mana korang? Terliur tak? Cuba tengok kat dapur masing-masing ada tak bahan-bahan untuk buat Buko Pandan ni? Kalau ada, boleh pergi buat sebagai manisan masa berbuka esok. Kalau tak ada, bolehlah pergi kedai berdekatan rumah korang untuk beli hehe. Selamat mencuba!
Video penuh dari Tiktok KA: Video Resepi Buko Pandan