30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Badak Berendam

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Badak Berendam

Hai, semua! So, harini min nak kongsikan satu lagi resepi pencuci mulut yang semua orang kenal, iaitu Badak Berendam. Resepi ni makan panas-panas sedap, makan sejuk-sejuk pun sedap. Lepas dah masuk peti ais, masa nak berbuka tu korang keluarkan fuhh nikmat betul bila lalu kat tekak sejuk-sejuk.

Hehe ok tanpa membuang masa lagi, jomlah kita tengok resepi Badak Berendam dari KA ni.

MENU: BADAK BERENDAM

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 1-2 orang

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan gula melaka
  • 3 sudu gula putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 kotak kecil santan
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan tepung beras
  • Daun pandan
  • 2 cawan tepung pulut

Cara-cara:

kelapa parut
  • 1. Mula-mula sekali, tuangkan 2 cawan kelapa parut, 1/2 cawan gula melaka, 3 sudu gula putih dan garam secukup rasa ke atas kuali. Kemudian, hidupkan api dan biarkan gula melaka sedikit mencair dan sebati.
  • 2. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi sehingga gula melaka dan kelapa parut tadi betul-betul sebati. Seterusnya, masukkan 1 sudu besar tepung gandum dan masak sehingga kelapa lumat untuk dijadikan inti nanti.
kuah santan
  • 3. Di dalam kuali atau periuk yang berlainan, kita akan buat kuah untuk Badak Berendam ni. Pastikan jangan hidupkan api dulu. Tuangkan 2 kotak kecil santan, 2 cawan air, 1/3 cawan tepung beras dan sedikit garam. Kemudian, kacau sehingga sebati dulu, selepas itu barulah hidupkan api.
kepekatan kuah santan
  • 4. Masukkan 1 helai daun pandan dan masak sehingga kuah agak pekat. Tutup api.
kisar daun pandan
  • 5. Seterusnya, ambil 4 helai daun pandan dan kisar bersama 2 cawan air. Tapis dan letakkan di dalam cawan atau apa-apa bekas dulu.
  • 6. Kemudian, dalam mangkuk yang berlainan, ambil 2 cawan tepung pulut, garam sedikit dan tuangkan air tapisan daun pandan tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh sebati.
  • 7. Tuangkan pewarna ikut kesukaan masing-masing dan uli lagi sehingga warnanya rata.
tambah inti
  • 8. Setelah itu, cubit sedikit doh dan gentel menjadi doh yang lebih kecil. Tekan sedikit tengahnya dan isikan dengan inti kelapa tadi. Kemudian, tutup dan gentel lagi sehingga membentuk bola. Ulang langkah ini mengikut kuantiti yang korang nak.
masak badak berendam
  • 9. Didihkan air dan letak bebola di dalam periuk. Tak perlu kacau. Tunggu saja sehingga bebola terapung sendiri menandakan ianya sudah masak. Toskan dan angkat.
  • 10. Akhir sekali, tuangkan kuah santan yang sudah dimasak tadi di dalam mangkuk dan letakkan saja bebola yang sudah direbus tadi di atas kuah. Siap dihidang!

Jadi, macam mana korang? Nak buat dia senang je sebenarnya sebab kita tak guna banyak sangat bahan. Cuma rajin atau tak je la nak gentel tepung tu hehe. Apapun, korang boleh cuba sendiri buat Badak Berendam ni kat rumah.

Satu lagi resepi pencuci mulut yang min dah pernah kongsikan sebelum ni ialah Frozen Yogurt Bar. Yang ni pun best jugak kalau korang nak pencuci mulut yang rendah kalori untuk kawal diet dan kandungan gula dalam badan. Sesuai untuk yang nak kurus sebelum raya 🙂

Selamat mencuba!

Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Badak Berendam

Leave a Reply