Hai, korang! Dalam artikel yang lepas, min ada kongsikan resepi Cucur Udang Crispy sebagai menu kudapan kan?
So harini kita nak buat menu lauk untuk dimakan dengan nasi panas-panas. Sedap untuk dimakan ketika berbuka atau sahur. Nama dia adalah Ayam Kung Pao. Untuk lebih ekstra, KA sediakan sekali resepi air Oren Aiskrim Soda untuk menu kalini. Jom kita semak kat bawah!
MENU: AYAM KUNG PAO & OREN AISKRIM SODA
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 1-2 orang
Bahan-bahan (Ayam Kung Pao):
- 1 ekor ayam (dipotong)
- Kicap masin
- Kicap manis
- Sos tiram
- Serbuk lada putih
- Serbuk lada hitam
- Tepung jagung
- Garam
- Gula
- Cuka
- Air
- Minyak bijan
- Kacang gajus (optional)
- Bawang merah
- Halia
- Daun bawang
- Cili kering
Cara-cara (Ayam Kung Pao):



- 1. Pertama sekali, gaulkan ayam bersama 1 sudu besar kicap masin, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, 2 sudu tepung jagung dan garam. Kemudian, goreng dalam minyak separa panas sehingga ayam keperangan. Toskan dan letak tepi dulu.

- 2. Seterusnya, kita akan buat sos untuk ayam pula. Sediakan satu mangkuk kecil dan tuangkan 1 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar kicap masin, 1/2 sudu besar sos tiram, 1/2 sudu cuka, 1/2 sudu gula, serbuk lada putih, 1/2 sudu besar tepung jagung, 2 sudu besar air dan 1/2 sudu minyak bijan. Kacau rata dan biarkan juga di tepi dulu.



- 3. Gorengkan kacang gajus jika suka. Kalau taknak pun tak apa. Seterusnya, tumiskan bawang merah, halia, daun bawang dan cili kering. Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng awal-awal tadi.



- 4. Kemudian, siramkan sos kicap yang telah dibancuh tadi. Masukkan juga kacang gajus. Kacau sehingga rata dan siap untuk dihidang!
Bahan-bahan (Oren Aiskrim Soda):
- Ais
- Sunquick Oren
- Air aiskrim soda
- Hirisan buah oren
- Daun pudina
Cara-cara (Oren Aiskrim Soda):


- 1. Cara untuk buat air ni senang je. Pertama sekali, penuhkan jag air dengan ais.Kemudian, tuangkan sunquick oren ikut sukatan dan kemanisan yang korang suka.


- 2. Seterusnya, tuangkan air aiskrim soda. Tambahkan hirisan buah oren dan daun pudina.

- 3. Akhir sekali, kacau semuanya dan siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Ayam Kung Pao & Oren Aiskrim Soda