Seperti yang kita sudah sedia maklum, TASEK KotaSAS ni mempunyai beberapa kedai makanan yang menarik dan salah satunya adalah Sushi Ramen. Korang jalan sikit sampai nampak kedai R05 ni!
Sushi Ramen ni lain tau dengan outlet sushi yang lain tu! Sushi Ramen ni ada banyak keistimewaan tau sebab selain daripada sushi, korang boleh makan ramen dan ‘donburi’ atau ‘rice-bowl dish’. Banyak pilihan yang korang boleh pilih kalau korang makan kat sini tau!
Kalau korang nak makan yang ringan-ringan tapi mengenyangkan, korang boleh try sushi yang pelbagai kat sini tau!
Korang kena try tau sushi-sushi yang ada kat sini sebab semuanya rasa sangat sedap dan fresh! Semua dibuat dengan bahan yang segar dan sedap untuk perut korang yang lapar tu!
Selain tu, kami juga ada try donburi dan ramen yang ada kat Sushi Ramen KotaSAS ni! Memang sedap sangat tau, tak tipu!
Korang kalau pergi TASEK KotaSAS ni boleh lah try sendiri sushi, ramen dan donburi kat sini. Confirm tak menyesal! Kalau korang bernasib baik, ada hari yang korang boleh makan kek dan manisan lain tau kat sini! Untuk ini, korang boleh check instagram mereka selalu! Selamat mencuba korang! 🍣🥩🍜😋
Lokasi📍
Sushi Ramen @ KotaSAS
R-05, TASEK @ KotaSAS,
55, Jalan KS 1/4, 25200 Kuantan, Pahang
Google Maps: Sushi Ramen @ TASEK KotaSAS
Instagram: Sushi Ramen