Sheila Rusly: Pelakon, Pengacara, Penerbit, Businesswoman, ‘Food Influencer’

You are currently viewing Sheila Rusly: Pelakon, Pengacara, Penerbit, Businesswoman, ‘Food Influencer’

Nama Sheila Rusly tak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Beliau sudah aktif dalam industri seni sejak tahun 80-an lagi. Popular sebagai pelakon drama, beliau juga sering menjadi pengacara program masakan. Ini kerana hobi beliau adalah memasak. Dengan meluasnya penggunaan media sosial, beliau menggunakan platform yang ada dan kini mempunyai kerjaya sebagai food influencer.

Sumber: Gempak

Sekarang, selain daripada lakonan mantap, nama beliau banyak disinonimkan dengan masakan. Selain banyak mengacara rancangan dan pertandingan masakan seperti Ketuk-Ketuk Ramadan, beliau juga banyak berkongsi video masakan beliau di TikTok, Facebook dan Instagram.

Bolehlah korang terinspirasi nak masak apa untuk berbuka atau sahur nanti. Untuk buat moreh pun boleh!

‘Sis Sheila’ banyak juga berkongsi petua dan tips masakan bersama keluarga dan menantu beliau Ellisya Sandha yang juga seorang selebriti. Bagi beliau rezeki perlu dikongsi. Sambil berkongsi ilmu dengan menantu, beliau juga teringat masa muda di mana hobi memasak mula dengan bereksperimen. Beliau sendiri tidak pernah menuntut ilmu masakan secara formal dan segala skil yang ada adalah dengan ‘try and error’. Hasilnya, masakan beliau menjadi dan ilmu ini boleh diturunkan untuk anak dan menantu.

Sekarang Sheila Rusly dah buka restoran dim sum tau. Nak tahu best ke tak, baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.