Selamat datang ke Hang Lipo Station: Sajian Makanan yang Menggugat Selera di Utara!

You are currently viewing Selamat datang ke Hang Lipo Station: Sajian Makanan yang Menggugat Selera di Utara!

Sekiranya anda mencari pengalaman makan yang luar biasa di Kulim, tidak ada tempat yang lebih baik untuk melangkah masuk daripada Hang Lipo Station. Terletak di tengah-tengah bandar raya kulim, restoran ini telah menjadi destinasi pilihan untuk pencinta makanan sekitar kulim  yang ingin menikmati hidangan lazat dalam suasana yang selesa dan menenangkan di Utara.

Apabila kita berborak tentang suasana di restoran ini, restoran ini membawa suasana warung yang santai dengan di mana masyarakat sering berkumpul untuk menikmati hidangan mahupun melepak di tengah-tengah kesibukkan bandar raya. Ia bukan sekadar sebuah tempat makan, tetapi juga lambang kebersamaan dalam kehidupan harian.Walaupun rekaan luaran yang tidak serba mewah, tetapi apa yang lebih penting ialah restoran ini membawa suasana yang hangat dan mesra.

Bagi korang yang nak cuba kopitiam sekitar Kl dan Selangor, boleh klik link di sini

Suasana Luaran Di Hang Lipo Station(google.com)
Suasana Luaran Di Hang Lipo Station (google.com)
Suasana Dalam Di Hang Lipo Station(google.com)
Suasana Dalam Di Hang Lipo Station (google.com)

Menu

Mari kita berbicara mengenai hidangan yang disajikan di Hang Lipo Station pula. Di restoran ini, mereka menawarkan pelbagai pilihan tradisional hingga hidangan moden, restoran ini semamangnya menawarkan pelbagai pilihan agar dapat memuaskan citarasa semua pelanggan. Jika anda penggemar hidangan Cina, pilihlah hidangan seperti Nasi Ayam Hainan dengan Sos BBQ madu yang menyelerakan atau hidangan istimewa seperti Nasi Itik Panggang  yang memberi sensasi panggang di mulut. Pilihan hidangan seperti ini pasti akan membuatkan air liur anda mengalir.

Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam Hainan (google.com)
Nasi Ayam Hainan (google.com)

Mengenai rasa, Nasi Ayam Hainan ini benar-benar memenuhi citarasa. Ayam yang dimasak dengan sempurna, dengan daging yang lembut dan enak hingga ke tulang. Kulitnya yang enak dan menawan, serta rempah ratus yang meresap ke dalam setiap bahagian daging, membuatkan setiap gigitan merasa seperti kebahagiaan rasa yang meletup dalam mulut. Nasi yang menjadi peneman setia ayam ini juga tidak kurang pentingnya. Walaupun kelihatan sederhana, nasi ini mempunyai rasa yang luar biasa. Lembut dan wangi, ia telah ditambahi dengan kaldu ayam yang kaya dan herba yang memberikan cita rasa yang unik dan memuaskan. Min hampir tidak mahu berhenti makan nasi ini sendiri, tetapi ayam yang menunggu untuk disantap juga tidak boleh diabaikan. Tidak lengkap tanpa sosnya yang sedap, sos cili yang dihidangkan bersama hidangan ini. Sos cili mempunyai rasa pedas yang mengancam tetapi tidak menguasai rasa asli ayam ini . Sos kicap pula memberikan kelembutan yang menyeluruh kepada hidangan, menyerlahkan kelazatan ayam dan nasi.

Nasi Itik Panggang 

Nasi Itik Panggang (google.com)
Nasi Itik Panggang (google.com)

Ketika hidangan ini dihidangkan di hadapan min, Potongan-potongan daging itik yang dipanggang keemasan terletak di atas nasi yang lembut menarik perhatian min. Kesan panggang pada kulit itik juga mengundang selera min untuk segera merasainya. Selepas merasa gigitan daging itik masuk ke dalam mulut min, Min terkejut dengan kegaringan kulit yang sempurna. Setiap gigitan menghasilkan bunyi yang mengundang selera dan sensasi tekstur yang memuaskan. Kulitnya yang renyah dan kaya dengan cita rasa rempah yang meresap hingga ke dalam dagingnya. Dagingnya dipanggang hingga menjadi empuk dan berjus, ditambah dengan rempah ratus yang meningkatkan rasa asli daging itik ini. Nasi yang disajikan juga tidak boleh diabaikan. Nasi yang dimasak sempurna dan aroma harumnya seakan mengajak pelanggan untuk menikmatinya dengan penuh nikmat. Setiap suapan nasi mengandungi rempah ratus dan memberi keseimbangan dan keselarasan dalam setiap suapan.

Wantan Mee Dragon Gong

Wantan Mee Dragon Gong (google.com)
Wantan Mee Dragon Gong (google.com)

Wantan Mee Dragon Gong  yang dihidangkan di sini membawa daya tarikan tersendiri dengan hirisan mee yang lembut dan gebu. Mee yang diperap dengan sos kicap yang kaya dengan rasa masin dan manis diseimbangkan dengan tekstur mee yang licin dan lembut meresapkan rasa sos kicap dengan setiap kunyahan, memberikan kenikmatan yang tidak dapat dilupakan. Namun, yang membuat hidangan ini benar-benar istimewa adalah kehadiran wantan. Wantan kecil yang dipenuhi dengan campuran daging cincang dan rasa rempah ratus yang lazat menambah persepsi rasa baru kepada hidangan ini. Wantan ini diletakkan di atas mee, memberi rasa kepada setiap gigitan. Ini adalah kombinasi yang sempurna antara kelazatan dan kepuasan. Tidak cukup dengan itu, hidangan ini juga disertai dengan sepotong Ayam Panggang yang sangat menarik. Kulit ayam yang rangup dan karamel disatukan dengan daging yang lembut dan berempah, menghasilkan rasa yang memukau di dalam mulut min. Kelembutan ayam tersebut mencair begitu sahaja.

Review

Selain daripada hidangan dan suasana yang santai di Hang Lipo , Mereka juga menawarkan harga yang berpatutan untuk kualiti yang disajikan. Anda tidak perlu risau tentang menghadkan bajet anda apabila makan di sini. Menu yang bervariasi memberi peluang kepada semua orang untuk menikmati hidangan berkualiti tanpa perlu membayar harga yang tinggi. Jadi, apabila anda melawat Kulim, tidak lengkap tanpa merasai masakan di Hang Lipo Station. Anda akan dibawa dalam perjalanan rasa yang mengasyikkan, dari setiap suapan pertama hingga akhir.  Jadi, tunggu apa lagi? Ajaklah keluarga dan rakan-rakan anda untuk bersama-sama menikmati kelezatan hidangan di Hang Lipo. Sambil menikmati makanan yang lazat, anda juga dapat menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang. Buat tempahan hari ini dan sertailah kami untuk merasai citarasa yang menakjubkan di tengah-tengah Kulim yang bertenaga!

Bagi korang yang peminat bubur, boleh klik link di sini

Lokasi

📍Hang Lipo Station

Lokasi: Bangunan PKNK, 4, Jalan Tunku Asaad, Kulim, 09000 Kulim, Kedah

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/eVJK8MHzreUaBJcw5

⏰ Waktu Operasi:  11am – 6.00pm (Isnin, Rabu-Ahad)

Selasa (Tutup)

☎️ Phone: 019-456 5392

📲Facebook: https://www.facebook.com/HanglipoStation?mibextid=ZbWKwL

📲Instagram: https://instagram.com/hanglipostation?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Article Curated By Amir Haziq