Roti Canai Dulang – Makan Sarapan, Kenyang Sampai Ke Petang!

You are currently viewing Roti Canai Dulang – Makan Sarapan, Kenyang Sampai Ke Petang!

Sarapan pagi tanpa roti canai memang tak sah. Jauh merantau macam mana sekalipun mesti cari roti canai juga kan. Mana yang suka sangat dengan roti canai tu, min nak share satu port roti canai yang memang best dan unik.

Roti Canai Dulang. Haa dengar nama pun dah rare kan? Roti canai ini dihidangkan didalam dulang dek kerana saiznya yang memang besar.

Roti Canai Dulang
Roti canai sebelum dihidangkan di atas dulang. Sumber: fakhrulfoodhunter/TikTok

Lokasi roti canai dulang ini berada di Kampung Cherana Putih, Alor Gajah, Melaka. Selain dari kuah biasa yang selalu disediakan dengan roti canai iaitu kuah dal dan kari, mereka juga ada menyediakan kuah kari kambing untuk menaikkan lagi kelazatan roti canai dulang ni.

Roti Canai Dulang dan Kuah Kari Kambing
Ditambah pula dengan kari kambing yang pekat dan empuk. Sumber: razifoodsquadtv/TikTok

Pemilik kedai roti canai dulang, Razali Abdul Rahman berkata, beliau sudah mahir dalam bidang menebar roti canai sejak berusia 16 tahun lagi dan mula menjual roti canai dulang sejak 10 tahun yang lalu.  

Tambahnya lagi, roti canai dulang ini terhasil atas permintaan pelanggannya sendiri yang sentiasa datang dalam jumlah yang ramai.

Menu

1. Roti Canai Dulang Kecil (RM4)

Untuk roti canai dulang kecil, beliau menggunakan dua doh dan tiga biji telur. Saiz dulang kecil ini boleh dimakan sehingga dua ke tiga orang dalam satu masa.

2. Roti Canai Dulang Besar (RM10)

Bagi roti canai dulang besar pula, beliau memerlukan tiga doh dan 10 biji telur. Roti canai bersaiz besar ini mampu mengenyangkan empat ke lima orang. Nah besar tak besar roti canai dulang ni.

Roti Canai Dulang
Roti canai yang besar dihidangkan dalam dulang. Sumber: fakhrulfoodhunter/TikTok

Review

Review orang ramai yang pernah makan di kedai ini pun semuanya positif. Roti canainya yang sangat lembut dan rangup. Kari kambing yang disediakan juga memang terbaik. Mana lagi nak dapat roti canai besar gedabak macam ni? Satu dulang boleh share sampai empat ke lima orang kan, seronok dapat makan sekali dengan kawan kawan atau adik beradik. Yang mana tinggal di Melaka atau bercuti di Melaka, jangan lupa singgah sekali roti canai dulang ni ya!

📍 Location

Roti Canai Dulang,

Kampung Cherana Putih,

78000 Alor Gajah, Melaka