Restoran Nasi Arab Damsyik : Lokasi Bagi Penggemar Makanan Timur Tengah

You are currently viewing Restoran Nasi Arab Damsyik : Lokasi Bagi Penggemar Makanan Timur Tengah

Hai korang! Korang mesti ada yang tengah terliur nak makan nasi arab kan? Tapi korang tak tau nak makan dekat mana? Hari ni min nak kongsikan satu restoran terletak di Senawang, Negeri Sembilan yang pasti menjadi tarikan untuk korang yang mencari restoran yang menyediakan masakan Timur Tengah. Nama restoran tu adalah Nasi Arab Damsyik.

Suasana di restoran Nasi Arab Damsyik ini memang nice sebab persekitarannya yang bersih dan suasana kedainya yang bertemakan timur tengah. Restoran ini juga memang sesuai kalau korang nak buat gathering bersama keluarga atau kawan-kawan korang dan korang boleh pilih sama ada nak duduk di dalam atau di luar bagi menjamu selera.

Suasana di dalam Restoran Nasi Arab Damsyik
Suasana di dalam Restoran Nasi Arab Damsyik
Suasana di luar Restoran Nasi Arab Damsyik
Suasana di luar Restoran Nasi Arab Damsyik

Seperti yang ada pada namanya, sudah tentu menu utama di Nasi Arab Damsyik adalah menu nasi arabnya sendiri. Di sini, min boleh kata kan yang menu nasi arab di sini memang sedap lauk ayam dan kambingnya pun dimasak dengan sempurna jadi kalau korang kunyah tak terasa liat.

Menu

Nasi Mandy

Untuk menu nasi mandy, korang boleh pilih sama ada mahukan lauk ayam sahaja, kambing sahaja atau kedua-duanya. Korang pun boleh pilih beberapa set hidangan untuk seorang, 3 orang, 5 orang dan 10 orang.

Nasi Mandy
Nasi Mandy

Kebab

Di sini juga disediakan menu kebab. Di sini ada 5 jenis menu kebab yang disediakan iaity ayam wrap, kambing wrap, ayam, kambing dan shawarma ayam.

Menu Shawarma
Menu Shawarma

Shai

Shai ataupun teh antara hidangan minuman popular di restoran ini. Jadi korang jangan lupa cuba!

Menu Minuman Shai
Menu Minuman Shai

Nasi Arab Damsyik juga menjual hidangan samosa dan korang boleh beli samosa frozen juga tau kalau korang nak goreng dekat rumah. Min memang recommend restoran ni untuk korang. Jadi tunggu apa lagi?

Mencari restoran menghidangkan menu timur tengah? Boleh klik di sini.

Lokasi

Nasi Arab Damsyik
📍 9-1, Jalan Cattleya 2, PERSADA CATTLEYA, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/7jzKBbUUJRC85VBQ8
⏰ Dibuka setiap hari kecuali hari selasa dari pukul 10am – 10pm
📲Instagram: nasiarabdamsyikofficial
📲Facebook: Nasi Arab Damsyik

Article curated by “Ku Ikhwan”

Leave a Reply