Orang Cyberjaya wajib datang ke port makan yang viral ini sebab best sangat dan sedap. Giggles & Geeks terletak di Cybejaya, popular dengan makanan western dan local yang besar gedebak dengan harga yang amat berpatutan. Portion disini sangat banyak sampai korang boleh share satu makanan dua orang okay. Punyalah tak kedekut owner Giggles & Geeks ini.
Restoran ini sangat sesuai untuk orang yang nak makan beramai ramai so bawa lah family korang celebrate apa apa ke sini untuk menjamu selera. Tempat yang sangat luas, besar so amat selesa walaupun ramai orang. Restoran pun sangat cerah dengan decoration yang macam hotel dah.
Sumpah korang memang lawa sangat restoran ini dengan mewah betul meja dan kerusi diorang semua. Korang boleh buat gathering dengan kawan kawan, event company pun boleh sangat. Sambut anniversary pun ada juga disini dengan decoration belon semua itu. Cantik sangat korang!
Yang penting untuk yang bawa anak jangan risau korang siap ada mini playground so tak bosan lah anak korang. Sambil korang makan anak anak boleh bermain di playground yang disediakan oleh pihak Giggles & Geeks. Memang meriah habis restoran ini!
Makanan disini sangat banyak pilihan so order je bebanyak boleh kongsi dengan family korang semua. Service pun laju sangat dalam 10-15 minit makanan korang dah sampai di meja korang. Menu signature restoran ini ialah cheesy lobster, burgers, lamb shank, pasta, desserts dan sebagainya. Ada semua menu korang disini tinggal korang order je ha!
MENU
1. Double Beef Burger (RM36.90)
Besar yalls burger sebab patty daging homemade dia tebal betul ye lepastu ada cheese dan beef slice atas patty dia. Ada wedges yang gemok gemok serta 3 sos dihidangkan dalam set ini iaitu black pepper, mustard dan cili. Patty juicy sangat korang bila makan itu menitik air daging itu. Rasa memang tidak mengecewakan korang kalau order menu ini.
2. Signature Braised Lamb Shank (RM72.00)
Lamb shank memang besar dengan daging lembut sangat. Sekali gigit dah masuk mulut korang. Ada mash potato yang lemak lemak gitu dan sos pekat betul. Cicah lamb shank dengan sos istimewa memang ngam sangat!
3. Alfredo spaghetti lamb chop (RM40.90)
Spaghetti carbonara yang dihidangkan sekali dengan daging lamb shank. Sos carbonara berlemak sangat dengan pekatnya kuah itu. Lamb shank macam biasa tidak akan menghampakan korang. Wajib order pasta ini.
4. Crispy Squid (RM24.90)
Menu yang memang famous sebab ini baru betul dipanggil sotong celup tepung. Sotong besar gais dengan salutan tepung tu sedap sangat. Cicah dengan sos putih diorang memang ngam habis. Yang penting sotong rangup sangat!
5. Nutella Banana Waffle (RM24.90)
Waffle yang dihidangkan dengan banana ditambah pula sos nutella di atas waffle. Tepung waffle itu memang tebal dan rangup sangat. Makan dengan banana slices dan nutella memang auto repeat dessert ini korang. 10/10!
Overall port makan sini memang kayangan sangat dengan portion makanan besar tambah sedap sangat makanan. Tempat pun cantik dan selesa sangat untuk makan ramai ramai disini. Macam hotel gais! Review rata rata memang approved Giggles & Geeks so ni turn korang pulak nak try restoran viral ini. Jemput singgah korang Giggles & Geek di Cyberjaya yang dibuka setiap hari dari 11 pagi sehingga 10 malam.
LOKASI
📍Giggles & Geeks
Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/XJtzRt7hW4dtvj3u8
☎️Phone : 0198450418
📱Website : https://www.gigglesgeeks.com/
📱Facebook : https://web.facebook.com/gigglesandgeeksMY