Monster A Garden Cafe yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur sangat terkenal di kalangan pencinta kucing dan kafe yang estetik! Kafe ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang menyegarkan mata dan si bulus yang montel tau. Kafe ini juga antara kafe yang popular di kalangan cafe hoppers di TikTok, kalau korang search ‘Cafes in KL’ di TikTok, confirm korang jumpa video kafe ini.
Maklumlah, memang dah terlampau banyak kafe trendy dan estetik kat KL ni tapi kafe yang bertemakan haiwan haiwan comel ni rare, kan? Lagi lagi kucing yang memang digemari ramai. Menurut kajian juga, kucing ada keupayaan untuk menenangkan kita, merendahkan tahap tekanan kita. Jadi, ramai singgah ke kafe ni untuk nikmati menu yang sedap sambil mengusap si bulus hilangkan stress, dengar pun dah seronok kan?
Monster A Garden Cafe ini diasas oleh Nelson, yang menyatukan minat-minat beliau di satu tempat. Kafe ini didekorasikan dengan pelbagai jenis tumbuhan, cactus, seni dan kraf yang moden dan unik. Vibes kafe ini juga sangat nyaman dengan gabungan warna ‘earthy tone’ yang memberikan suasana selesa. Sesuai sangat lah kalau korang nak spend hari-hari malas kat sini, kan? Sebab vibenya pun kena dengan mood nak chill dan relax tu ditemani pulak dengan si bulus yang comel-comel tu.
Menurut review netizen yang dah berkunjung ke kafe ini, rata-rata sangat menyukai suasana kafe ini. Antara review menarik yang Min jumpa berkaitan kafe ini, salah seorang pengunjung kafe ini berkata “Cafe yang sangat seronok untuk chill dari kesibukan seharian di bandar. Banyak adopted cats yang comel comel tetapi cafe sangat bersih dan tak berbau langsung!”
Kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan savoury dan juga desserts untuk isi perut korang sambil chill main dengan kucing-kucing kat sana! Antara highlight menu mereka ialah:
1.Croffee Set
2. Okonomiyaki Waffle
3. Chicken Katsu Curry
Range harga kafe ini pula bermula dari RM15-RM30. Walaupun ramai yang agak tidak berpuas hati dengan harga di kafe ni, Min rasa okay dan setaraflah harga-harga makanan dan minuman disini dengan suasana dan kepuasan yang korang dapat kan.
Disebabkan kafe ini dah terkenal di kalangan netizen, jadi ramai lah yang dah singgah dan tinggalkan review. Ramai tau yang dah try Croissant disini dan kebanyakkan review cakap sedap! “Paling i excited nak share adalah croissants dia sedap nak mampos! I’ve never tasted croissants this good before. i asyik mimpi croissants dia ya sekarang”. Min pun terliur lah kalau macam ni!
Dah baca semua review dan tengok sendiri gambar-gambar kafe ni, Min pun jadi teruja nak datang try la! Penggemar kucing kat luar sana, jom ikut Min try croissant dan main dengan si comel kucing kucing dekat sini! Boleh tengok YouTube review pun!
Lokasi📍
Monster A Garden Cafe
40, Jalan 1/77A, Off Jalan Imbi,
Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur.
Operating hours: Thursday-Tuesday, 12pm-8pm.
Phone: 016-2066946
Instagram: https://instagram.com/monster.a.garden.cafe.kl?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: https://www.tiktok.com/@monster.a.garden.cafe?_t=8VQJbgSN6ck&_r=1