Milko Cafe – Kafe Susu di Kampung Baru!

Selalunya, kita mendengar ada kafe yang spesialisasinya ialah coklat atau matcha kan? Tapi, kali ini, Izzah nak bawa korang ke satu kafe yang spesialisasinya ialah susu. Ya, susu! Nama kafe ini ialah Milko Cafe.

Terletak di Kampung Baru, dekorasi kafe ini mengikut tema susu seperti adanya gambar kartun memerah susu lembu, gambar susu dan menggunakan warna seperti off-white dan biru gelap. Pelbagai review menyatakan makanan dan susu di sini sedap belaka! Untuk mengetahui tempat makanan yang mempunyai spesialisasi, tekan link ni: https://purpledurian.my/food-review/6-kafe-coklat-terbaik-di-kl-untuk-pencuci-mulut-hari-ini/

Review Milko Cafe (google.com)
Review Milko Cafe (google.com)
Milko Cafe (tiktok.com)
Milko Cafe (tiktok.com)

Menu

Susu Segar Milko

Susu Segar MILKO (tiktok.com)
Susu Segar MILKO (tiktok.com)

Selalunya korang pasti minum susu dari jenama terkemuka seperti Dutch Lady, Farm Fresh, Marigold dan lain-lain kan? Kali ini, apa kata korang cuba pula Susu Segar MILKO. Korang pasti terpikat dengan kesegaran susu ni. Susu ini mempunyai perisa asli, coklat, strawberi, latte, dan mangga.

Waffle

Waffles (google.com)
Waffles (google.com)

Waffle kat Milko Cafe ni sememangnya sedap. Rugi kalau tak cuba. Mempunyai pelbagai jenis jem untuk dimakan bersama waffle, korang tak perlu risau nak pilih mana satu yang sedap sebab semuanya sedap! Harga waffle ni bermula dari RM4 hinggalah RM10.90 di mana haraga RM10.90 ni yang mempunyai topping.

Pop-Nana

Pop-Nana (google.com)
Pop-Nana (google.com)

Pop-Nana atau Popia Banana (Popia Pisang) ni makanan yang sedap untuk korang semua. Korang pasti terliur tengok ni kan? Pelbagai jenis topping disediakan mengikut harga dari original iaitu RM4.00 hinggalah RM 11.90 yang memiliki cebisan Biscoff.

Secara kesuluruhannya, memang berbaloi korang pergi ke Milko Cafe ni. Intuk maklumat lanjut boleh tengok di bawah. Untuk mengetahui tempat makan yang best di Kampung Baru, tekan link ni. https://purpledurian.my/food-review/jom-makan-dendeng-bakar-yang-halal-di-kampung-baru/

📍 Milko Cafe Kampung Baru
C-G, 24 Legasi, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/BJGf91BbNJsFUUeK7
☎️Phone: 012-746 8205
📲Instagram: https://www.instagram.com/milkofreshmilk/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@milkocafe.official

Article currated by Izzah Norsham