FamilyMart kerap mengeluarkan menu-menu baru untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Baru-baru ini, FamilyMart telah pun melancarkan menu baru mereka iaitu Cheesy Korean Ramen Special Edition.
Cheesy Korean Ramen Special Edition ini terdapat 2 makanan baru dan 1 minuman baru.
- Odeng Korean Cheese Ramen Set
- Dry Cheesy Korean Ramen With Cocktail Sausages
- Sparkling Honey Citron
Odeng Korean Cheesy Ramen Set adalah RM9.90 manakala Korean Cheesy Ramen sahaja tanpa Odeng adalah RM6.90.
Dry Cheesy Korean Ramen With Cocktail Sausages adalah RM8.50 manakala Dry Cheesy Korean Ramen sahaja tanpa Cocktail Sausages adalah RM6.90.
Youtuber SUMSA TV telah membuat review tentang menu ini.
Lihat video:
Pelanggan mempunyai pilihan samada untuk memilih ramen yang berkuah ataupun yang kering.
Tidak mengejutkan juga kenapa menu baru ini viral kerana kebanyakan rakyat Malaysia sangat gemar dengan cheese.
Kalau boleh, semua makanan nak letak cheese! Baru sedap, betul tak?
Korang rasa menu baru lepas ni pun FamilyMart nak tambah cheese lagi ke?
Komen di bawah!
Jom tengok video tentang Cheesy Korean Ramen FamilyMart di Instagram Purple Durian!