Korang, kalau kita cakap tentang steak, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang? Pada Izzah, steak ni lambang kemewahan, mahal, dan lain-lain. Paling penting, sudah tentu ia melebihi bajet Izzah. Tapi… Izzah ada berita baik, semua! Ada satu tempat ni ada jual steak tapi harganya sangat berpatutan untuk semua. Ia adalah Stiq.
Yup, Stiq. Restoran yang terletak di tepi jalan ini menjual pelbagai jenis steak dengan harga yang sangat boleh diterima. Terletak di Wangsa Maju, restoran ini telah menerima pelbagai review yang baik! Izzah tidak sabar untuk menunjukkan kepada korang semua menu mereka! Untuk maklumat lanjut tentang tempat yang menjual steak, klik pautan di bawah.
https://purpledurian.my/food-review/melantak-steak-hub-antara-restoran-popular-di-melaka/
Menu
Beef Stiq (Minuman tin percuma)
Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah signature dish dari Stiq. Daging lembu ini telah dimasak selama 22 jam sehingga lemak akan cair di dalam mulut korang sebelum dikaramelkan dengan sos bbq mereka. Ia datang dengan hidangan sampingan kentang dan salad. Korang juga mendapat minuman tin percuma. Beef steak ini bermula dengan harga RM29.00.
Lamb Stiq (Minuman tin percuma)
Kambing ini ialah kambing bebas New Zealand, dan ia telah dimasak selama 22 jam sehingga garpu empuk, lemak cair di dalam mulut korang. Kambing ini disaluti dengan mentega dan jus kambing dengan hidangan sampingan kentang panggang, salad, jeruk dan lada berkrim di sebelahnya. Harga hidangan ini bermula dari RM35.00. Sedapnya!
Hokkaido Chicken Pasta
Bagi mereka yang tidak mahu makan sesuatu yang agak berat seperti steak, jangan risau. Stiq. juga menjual pasta seperti Hokkaido Chicken Pasta. Pasta ini adalah pasta yang dipengaruhi Jepun. Pasta ini diisi dengan bijan berkrim dan dihidangkan bersama ayam tonkatsu pada harga RM15.00. sedap!
Secara keseluruhannya, pada pendapat Izzah, korang memang patut mencuba ini! Bukan setiap hari korang boleh mencari tempat di mana mereka menjual makanan seperti ini pada harga yang rendah. Memang Stiq. ialah tempat di mana Kualiti Premium, Harga Rendah. Untuk info lanjut tentang tempat makan di Wangsa Maju, klik link di bawah. https://purpledurian.my/food-review/dtimer-cafe-rasa-asli-makanan-johor-di-wangsa-maju/
📍Lokasi
Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/fmF8AqhF8H2jAXig7
📲Phone: 012-345 2240
📲Website: https://www.stiqofficial.com/
📲Facebook: https://www.facebook.com/stiqofficial/
📲Instagram: https://www.instagram.com/stiqofficial/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@stiqofficial
Artcle currated by Izzah Norsham