Kopitiam 143 Tempat Sarapan Penuh Nostalgia

You are currently viewing Kopitiam 143 Tempat Sarapan Penuh Nostalgia

Kopitiam ni memang dah tak asing lagi sebagai tempat sarapan yang hidang kopi dan pelbagai makanan pagi tradisional. Siapa je tak suka sarpan dekat kopitiam kan, memang layan kalau dapat kopi panas dan roti bakar telur goyang pagi-pagi, betul tak?

Kopitiam 143. Sumber: kopitiam143/instagram

Kopitiam 143 ialah sebuah warung kopitiam yang menhidang macam-macam menu sarapan tradisional yang korang tak akan dapat di tempat sarapan lain.

Berlokasi di sekitar Flat Taman Keramat, Ampang dan mereka beroperasi 7.30 pagi sehingg 12.30 tengahari sahaja. Jangan datang hari selasa tau sebab nanti korang sedih menangis tak dapat makan, sebab mereka buka setiap hari kecuali selasa ehehe.

Sarapan di Kopitiam. Sumber: kopitiam143/instagram

Apa yang menarik kat sini, korang tak boleh tapau tau demi nak menjaga kualiti makanan mereka, hanya dine in dibenarkan! Menu kat sini banyak yang sedap tau, memang korang akan rambang mata dan kecur liur so solusi dia order je semua ya. Harga menu-menu kat sini murah murah jurr, tak da yang lebih RM10 pun!! Jom tengok apa yang sedap!

Menu. Sumber: kopitiam143/instagram

Roti Arang RM3.50

Roti yang dibakar sempurna atas arang menghasilkan rasa smoky dan tekstur yang rangup gila. Dalam dia pulak disapu dengan mentega dan kaya! Memang surrr!

Roti Arang.

Mee Wantan Dry RM7.50

Antara bestseller mereka, mee wantan yang dihidang dengan bebola ikan, pucuk, wantan dan sayur bok choy. Dapat ni pagi-pagi, memang terus semangat nak hadap sepanjang hari tu tau!

Mee Wantan.

Jangan lupa juga untuk cuba kopi dekat sini, katanya sedap dan pekat berkrim. Min tak minum kopi jadi min tak dapat nak rasa huhu. Pesanan sebelum min tutup kata, kedai ni agak kecil dan ruang pun limited tau. Jadi, kalau nak datang denga family besar agak ttak sesuai. Apa-apa pun memang wajib singgahs arapan kat sini tau, jadikan roti arang tu sebagai pembakar semangat korang drive pagi-pagi ke sini!

📍Location:

AJ25 Flat Taman Keramat,

Taman Keramat,

54200 Ampang Jaya, Selangor

Phone: 018-2994230

Instagram: https://instagram.com/kopitiam143_?igshid=YmMyMTA2M2Y=