Kak Ngah’s Little Cafe : Cita rasa Masakan Western Dan Tempatan

You are currently viewing Kak Ngah’s Little Cafe : Cita rasa Masakan Western Dan Tempatan

Hai korang! Hari ni min nak share dengan korang satu restoran yang menyajikan menu cita rasa western dan tempatan. Restoran yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan ini merupakan restoran yang akan menyelesaikan persoalan korang yang berbunyi ” Hari ni nak makan dekat mana?” Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang restoran ni korang kena baca sampai habis.

Restoran Kak Ngah’s Little Cafe memiliki keistimewaannya yang tersendiri dengan variasi menu yang banyak dan pelbagai untuk dipilih. Sebelum itu, min nak cakap tentang persekitaran di restoran ini. Persekitraran di restoran ini sangat bersih dan reka bentuk dalamannya kemas dan menarik jadi kalau korang nak jadikan tempat ni sebagai port lepak, memang tiada masalah.

Reka bentuk dalaman Kak Ngah's Cafe
Reka bentuk dalaman Kak Ngah’s Cafe

Untuk menu yang disediakan di restoran ini pula, memang banyak pilihan daripada menu minuman dan menu makanan memang banyak pilihan. Makanan di sini juga memang sedap dan berkualiti. Kalau korang tak cuba memang rugi.

Menu

Crispy Chicken Chop

Untuk salah satu hidangan western yang disediakan menu ini antara menu yang korang mesti cuba sebab chicken chop yang disediakan memang rangup dan sangat sedap. Dihidangkan dengan sos balckpepper, salad, fries dan jagung. Hidangan ni mesti korang cuba!

Crispy Chicken Chop
Crispy Chicken Chop

Nasi Buttermilk Chicken

Hidangan nasi buttermilk chicken ada dihidangkan di restoran ini dan sos buttermilk diorang memang sedap dan pekat. Kalau korang suka makan menu hidangan makanan yang mempunyai sos buttermilk korang mesti cuba restoran ni sebab buttermilk dia antara yang sedap min pernah rasa.

Nasi Buttermilk Chicken
Nasi Buttermilk Chicken

Ayam Geprek

Dekat sini pun ada juga hidangan masakan melayu seperti menu ayam geprek ini. Kot korang tak nak makan western memang tiada masalah jadi korang boleh order hidangan tempatan seperti menu ayam geprek ini.

Ayam Geprek
Ayam Geprek

Haa macam mana? Korang rasa menarik tak? Kalau korang rasa menarik apa lagi jomlah ke Kak Ngah’s Little Cafe! Kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai restoran western, korang boleh klik di sini.

Lokasi

Kak Ngah’s Little Cafe

📍Pusat Perniagaan, 129, Jalan Lavender Heights 3, Taman Lavender Heights, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/N8p7QUxLkZzgZJip7
⏰ 4pm – 11pm
📲Instagram: Kak Ngah’s Little Cafe
📲Facebook: Kak Ngah’s Little Cafe

📲TikTok: Kak Ngah’s Little Cafe

Article curated by “Ku Ikhwan”

Leave a Reply