Jom Try Pavlova Yang Gebu di KeKartel, Setia Alam!

You are currently viewing Jom Try Pavlova Yang Gebu di KeKartel, Setia Alam!

Orang Setia Alam mesti dah tahu kan ada satu port untuk korang try dessert yang sedap-sedap macam pavlova, croffle, pannacotta dan bermacam lagi kan? Harini kami nak bawak korang pergi satu kafe yang terletak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor ni. Nama kafe tersebut adalah KeKartel. Rasanya ramai yang kenal owner kafe ni iaitu Intan Nabila Syafinaz Kaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Bae.

KeKartel, Setia Alam

Kat sini, memang famous tau pavlova mereka. Alang-alang dah dekat sini, kami try juga menu utama mereka iaitu Spaghetti Buttermilk Chicken, Lunch Set mereka iaitu Nasi Ayam Paprik (untuk hari Jumaat) dan dessert mereka yang lain.

Untuk appetizer kami order Biscoff Croffle! Sedap betul.
Spaghetti Buttermilk Chicken
Set Ayam Paprik ni lunch set untuk hari Jumaat tau!
Inilah pavlova yang gebu tu! Sedap sangat-sangat memang akan repeat. RM12 je tau untuk besar ni. Sangat berbaloi!
Pannacotta. Ni pun sedap. Banyak betul strawberry untuk topping.

Korang pernah try tak? Banyak lagi tau pilihan dessert kat sini. Tak percaya? Jom tengok kat bawah ni.

Harga pun berpatutan.

Korang tunggu apa lagi? Jom lah ramai-ramai pergi ke KeKartel ni. Wajib tau try pavlova kat sini!

Lokasi📍

KeKartel

38-G Floor, Jalan Setia Perdana BF U13/BF,

Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Google Maps: KeKartel