Korang selalu pergi makan masakan masak lemak kat mana? Kalau korang taktahu nak makan kat mana, apa kata korang try pergi ke sebuah kedai makan yang terletak di Kampung Sungai Kayu Ara di Damansara dan cuba Salai Master di situ.
Pelbagai jenis makanan untuk dipilihkan:
Salai Master merupakan pakar masakan Salai berserta lemak cili api yang sangat sedap. Pelbagai aneka pilihan hidangan salai seperti daging, Itik, ayam, keli, talapia, puyuh, kambing, arnab, sotong, siput sedut, pucuk paku, ayam kampung, cendawan kukur, nangka, ulam ulaman dan pelbagai menu yang lain.
Kami sendiri try masakan yang ada di situ dan kami tertarik dengan itik salai masak lemak dan siput sedut masak lemak. Jarang nak dapat kan, so kami try lah! Ada sotong celup tepung jugak tau!
Rasa masak lemak mereka memang KAW lah tak tipu. Tapi tak kaw macam orang Negeri Sembilan lah kan. Tapi kalau korang nak try masak lemak yang cukup rasa dengan pelbagai menu menarik ni korang kena pergi tau Salai Master kat Damansara ni. Bolehlah datang dengan seisi keluarga dan kawan-kawan untuk korang nikmati bersama.
Lokasi📍
Salai Master Damansara
Jln Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Google Maps: Salai Master Damansara