“Nak makan kat mana?” Tu soalan paling memeningkan untuk rakyat Malaysia. Dah Malaysia kan syurga makanan. Nak makan masakan Melayu? Western? Jepun? Semua ada. Nikmat kita bermasyarakat majmuk. Bila dah banyak sangat pilihan makanan pun problem jugak. So, macam mana nak selesaikan masalah tu? Follow food influencers. Dan hari ni, min nak share sorang food influencer yang memang buat review makanan dan restoran. So, senanglah korang nak plan nak makan apa lepas ni. Kalau korang nak recommendations untuk port makan best-best lagi-lagi kita nak puasa tak lama lagi, bolehlah follow Jielafoodie.
Jielafoodie ataupun nama sebenar beliau Fhazila Nasir ialah food influencer yang sedang naik sekarang ni. Beliau memulakan karier sebagai influencer makanan dengan bisnes cookies dan brownies beliau, Brownies Monster.
Sambil menjalankan bisnes makanan, barang kecantikan dan pakaian atas talian, beliau juga rancak dengan review-review port makanan yang menarik kat Malaysia ni. Konten-konten beliau banyak di TikTok dan Instagram. Semuanya simple tapi padat dengan info berguna untuk korang decide nak makan apa lepas ni.
Video beliau berstyle mukbang dan dia selalu buat video dengan suami dan anak beliau. Gayanya yang bersahaja membuatkan Jielafoodie jadi kegemaran restoran-restoran untuk panggil dia buat exposure untuk kedai dorang.
Nak tahu siapa lagi influencer yang suka berkongsi resepi masakan yang penuh nostalgia? Boleh baca artikel ni.
Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.