Kalau cakap pasal makanan tradisional mesti kita teringat makanan yang dimasak oleh nenek dan ibu kita kan. Ni min nak kenalkan dekat korang satu restoran yang menyajikan masakan tradisional sama macam nenek kita masak iaitu Grandmama’s. Restoran ini menyajikan masakan dengan menggunakan bahan yang berkualiti tau korang sama lah macam nenek kita mesti nak guna bahan masakan yang terbaik untuk kita kan.
Nak lagi best walaupun mereka menyajikan masakan tradisional Malaysia, restoran mereka tetap menggunakan unsur moden sebagai hiasan dalaman restoran. Jadi pelanggan yang datang akan berasa selasa dan seronok untuk menikmati makanan. Korang boleh ajak family dan kawan-kawan untuk lepak dekat sini sebab mereka menyediakan main dish, dessert dan beverages yang pelbagai.
Korang nak tahu tak Grandmama’s ada lebih 20 main dish yang mereka sediakan bermula dari sate, rendang daging, nasi lemak, rojak dan banyak lagi. Walaupun harga mereka agak mahal tapi dengan bahan yang mereka gunakan dan portion makanan mereka juga cukup besar jadi sangat berbaloi dengan harga. Tak percaya tengok food review dari netizen ni.
Jom kita tengok menu special apa yang ada di Grandmama’s, kalau korang nak survey apa lagi makanan yang best di restoran ini boleh tengok disini. Kejap sebelum itu kepada korang yang mencari lagi makanan-makanan macam Grandmama’s ni korang boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/viral/sepiring-menyajikan-menu-warisan-rakyat-malaysia/
Menu Grandmama’s
1. Traditional Beef Rendang (RM65.90)
Rendang Daging Tradisional antara menu yang paling sesuai kalau nak kenalkan kepada orang luar. Setiap kali menyambut Hari Raya mesti menu ni akan ada atas meja. Jadi chef Grandmama’s menyediakan hidangan ini dengan penuh kasih sayang tau untuk beri pelanggan mereka rasa nikmat makanan tradisional ini.
2. Homemade Tomato Chilli Prawns (RM48.90)
Hidangan ni pun antara yang kerap ibu dan nenek min masak tau. Rasa pedas dari sos cili dan masam manis dari sos tomato tu memang sedap. Rasa yang seimbang boleh buatkan min tambah nasi 2 ke 3 kali tau. Mesti korang pun sama kan?
3. Cantonese Seafood Beancurd (RM33.90)
Haa.. korang bukan setakat menu orang melayu je tau menu kaum chinese pun ada weh. Maklumlah Malaysia kan negara yang memiliki pelbagai kaum jadi menu dari kaum chinese pun semestinya kena ada. Rasa creamy dari hidangan ni boleh naikkan selera makan tau jadi menu ni korang wajib try tau.
Kepada korang yang teringin nak rasa makanan tradisional yang ada di Malaysia boleh singgah ke Grandmama’s dan setakat ini mereka memiliki 5 cawangan di Malaysia. Nanti min share location dibawah. Korang kena try tau menu kat sini memang sedap-sedap dan kalau korang rasa harga mereka agak mahal korang boleh join membership Club Cari Makan untuk dapatkan diskaun sebanyak 10%, kemungkinan juga korang boleh dapatkan offer deals yang lain. Best kan!
Location
📍 Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/iyaeMxbSdK3NTfC26
📍 Grandmama’s KLIA
Lot A, Mezzanie Level, South Wing, Satellite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor.
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/4GT4bFPWsMFjw7B98
📍 Grandmama’s SkyAvenue, Genting Highlands
Lot T2-05, Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands, 69000 Pahang
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/Wtb4CyXUSY4DJBd29
📍 Grandmama’s Pavilion Bukit Jalil
Lot 1.34.00 Level 1, Pavilion Bukit Jalil. 2, Persiaran Jalil 8, Bandar Bukit Jalil, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/QPTyz5gfJDS4Ffh46
📍 Grandmama’s Intermark
Lot G-12, Intermark Mall, 348, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/44uUkJ4HpQArs4QD9
📲Facebook: https://www.facebook.com/grandmamas.com.my
📲Instagram: https://www.instagram.com/grandmamasmsia/