Fin&Feather: Pencinta Fish & Chips Wajib Singgah

You are currently viewing Fin&Feather: Pencinta Fish & Chips Wajib Singgah

Hi guys! Hari ni Min nak bagitau especially kepada pencinta Fish & Chips yang Min ada jumpa port baru untuk korang singgah dan try. Restaurant ni menyediakan Fish & Chips yang dimasak daripada ikan segar. Kat mana ni? Semestinya di Fin&Feather, Taman Molek, JB.

Fin&Feather Sign
Fin&Feather Sign (google.com)

Interior Design

Fin&Feather memiliki design yang moden dengan sentuhan flora, sesuai untuk netizen yang minimalist. Kat sini juga ada outdoor seating kalau ada yang prefer nak duduk luar.

Fin&Feather Dari Luar
Fin&Feather Dari Luar (facebook Fin&Feather)
Di Dalam Fin&Feather
Di Dalam Fin&Feather (facebook Fin&Feather)

Kalau korang nak pergi Fin&Feather, seat mana yang korang akan pilih? Luar atau dalam?

Menu

Fin&Feather menyediakan 3 food courses: Starter, Main Course dan Dessert. Selain itu, Fin&Feather juga menyediakan hidangan pasta.

Starter:

  • Homemade Mushroom Soup – RM18
  • House Salad – RM16
  • Homemade Cold Smoked Salmon – RM38
  • Grill Cauliflower & Corn Salad – RM22
  • Truffle Fries – RM20

Main Course (Datang dengan salad dan satu pilihan karbohidrat – Pumpkin Puree atau French Fries):

  • Grilled Chicken Chop – RM32
  • Grilled Miyazaki WAG 5 Wagyu – RM180 / 100g (Minimum 200g)
  • Grilled Fish (Seabass – RM38 atau Salmon – RM48)
  • Fish & Chips (Seabass – RM38 atau Grouper – RM56)

Dessert:

  • Tiramisu – RM25

Pasta:

  • Truffle Mushroom Carbonara – RM38
  • Smoked Duck Carbonara – RM36
  • Spicy Seafood Pomodoro – RM48
  • Spaghetti Beef Bolognese – RM38
Fish & Chips
Fish & Chips (facebook Fin&Feather)
Menu Fin&Feather
Menu Fin&Feather (facebook Fin&Feather)
Homemade Cold Smoke Salmon
Homemade Cold Smoked Salmon (facebook Fin&Feather)

Harga makanan yang disediakan oleh Fin&Feather sesuai dengan bahan yang digunakan considering bahan-bahan tersebut berkualiti tinggi seperti Truffle, Beef Wagyu dan Grouper (Ikan Kerapu). Tapi untuk netizen yang sederhana kehidupan boleh je pergi as long as dah ada budget plan so semua orang boleh enjoy Fin&Feather.

Food

Bintang utama Fin&Feather semestinya Fish & Chips dan ramai netizen yang pernah makan kat restaurant ni tinggalkan good reviews on Google Review berkenaan makanan-makanan yang ada di Fin&Feather.

Review
Review (Google Review)
Review
Review (Google Review)
Review
Review (Google Review)

Review

Min memang recommend kepada netizen yang nak try fresh Fish & Chips dan masakan Western yang lain di Fin&Feather. Rugi kalau tak try sebab Fin&Feather sediakan high food quality dan boleh experience suasana fine dining macam Michelin Star Restaurant. Bukan selalu dapat jumpa restaurant macam ni tau. Netizen yang pernah atau nak makan dekat Fin&Feather jangan lupa tinggalkan komen ya!

Nak tau lagi tempat menarik di Johor Bahru? Klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/nikmati-hangout-food-di-johor-bahru-di-the-replacement-lodge-kitchen/

Location & Info

Fish&Feather

📍 9, Jln Molek 3/20, Taman Molek, 81100, 81800 Johor Bahru, Johor

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/9588YSAifSjo9CKS9

⏰Waktu Operasi: 12.00 pm – 3.00 pm , 6.00 pm – 10.00 pm (ISNIN CUTI)

📲Phone: 012-805 6899

📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100093310056244

📲Instagram: https://www.instagram.com/fin_feathermolek/

Article curated by Nada Fariza