Musim semua orang tengah gaji ni, meh min bawa korang ke Restoran yang agak mewah dari segi kualiti makanan dan juga harganya. Memang perfect untuk korang self-reward kat sini tau. Dandy Modern Food ialah sebuah restoran yang berkonsepkan makanan Mediterranean yang dimodernkan tau.
Dandy Modern Food bermula dengan satu restoran di Arena Curve, Penang dan tak lama lepastu cawangan kedua pula di buka di Queensbay Mall, Penang. Ha, orang KL jangan mengeluh jauh sebab diorang ada di Setia City Mall! Sesuai dengan nama kedai yang Modern, interior kedai ni pun nampak classy, agak spacious dan modern.
Menu-menu disini kebanyakannya adalah cuisine yang diinspirasi dari hidangan Mediterranean seperti Lebanese grilled chicken, Kebab, Shawarma Pizza dan bermacam-macam jenis minuman yang unik.
Menu western juga banyak kat sini, pelbagai jenis pasta dan pizza yang digabung dengan elemen makanan Arab ada tau.Terbukti makanan kat sini sedap sebab ada lebih 1,300 reviews kat Google tau, walaupun ada juga negatif tapi selera masing-masing lain kan.
Antara menu bestseller:
- Dandy Mixed Grill (RM49.90)
Selain menu yang bestseller lain, ini antara paling ramai yang cuba. Min tak pasti tahap kesedapan nya tu macam mana sebab agak banyak review yang bercampur! Tetapi, kalau nak tahu kena la try sendiri kan? Dalam plate ada Shish Kebab, Chicken Kebab, Shish Tawook dan Beef Tikka, pergh padu!
“The beef and chicken are nice, good seasoning and portion. Slightly overcooked but still tender. Wished their bread is minorly toasted. Overall nice!!”
- Shawarma Pizza (RM39)
Unik betul Shawarma dalam bentuk Pizza! Min tengok gambar dah terliur, taksabar nak order ni!
“Always have been a shawarma fan, but never tasted a pizza version! Suprisingly delicious, would come with family soon.”
- Lebanese Coffee (RM13)
Peminat kopi wajib cuba kopi yang dibrew segar menggunakan biji kopi Lebanese. Dah kenyang dengan kebab basuh tekak dengan kopi panas memang syok korang!
“Datang nak try Kebab sahaja tapi diorang recommend coffee ni sekali, rupanya memang padu beb!”
Haa, jom ajak keluarga dan kawan-kawan office datang makan sini! Kenyangkan perut orang tersayang dengan makanan sedap barulah bahagia kan?
📍Location:
Dandy Modern Food
LG-116, Setia City Mall,
Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam,
40170 Shah Alam, Selangor.
Phone: 012 5123141
Website: https://dandy.com.my/dandy-setia/
Facebook: https://www.facebook.com/dandymodernfood/
Instagram: https://instagram.com/dandymodernfood?igshid=YmMyMTA2M2Y=
TikTok: https://www.tiktok.com/@dandymodernfood?_t=8W6ofe4bx7C&_r=1