Siapa dekat sini suka makan bubur nasi berlauk? Tapi susahkan nak cari bubur nasi berlauk yang sedap, maklumlah bubur nasi bukan makanan ruji rakyat Malaysia. Kebiasaannya bubur nasi, orang ramai makan apabila kurang sihat atau rasa tidak enak badan.
Anyway hari ini Min nak kongsi dengan semua favourite spot Min kalau tiba-tiba craving nak makan bubur nasi berlauk. Mestilah dekat Bubur Nasi Melawati yang terkenal dalam kalangan artis tanah air negara. Semalam Min sempat singgah ke cawangan yang terbaru di Saville,Taman Desa Melawati yang boleh dine-in. Dekat cawangan lain, takde tempat dine-in dan hanya boleh tapau sahaja jadi Min excited sikit bila order then dapat makan terus hihi.
Menyajikan pelbagai jenis lauk pauk untuk dimakan bersama dengan bubur nasi yang hangat, Bubur Nasi Melawati mula berkembang daripada hanya berniaga di warung hingga kini berjaya miliki 3 cawangan di kawasan Taman Melawati. Dengan harga yang amat berpatutan dan portion yang banyak serta kualiti rasa yang tip top, maka tak hairanlah Bubur Nasi Melawati ini menjadi kegemaran orang ramai.
Mempunyai banyak variasi:
Min sendiri berkesempatan untuk merasainya sendiri, bubur nasi bersama beberapa jenis pilihan lauk seperti Sambal Ikan Bilis Petai, Sambal Paru, Sambal Telur Puyuh dan Sambal Lobak Asin. Perghh! Memang terbaiklah bubur nasi daripada Bubur Nasi Melawati ni. Kalau anda sejenis yang tak tahan, kicap manis pun disediakan tau.
Lokasi
Bubur Nasi Melawati – Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Bubur Nasi Melawati @ Sri Rampai – 42, Jalan Rampai Niaga 4, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur