Bazar Wajib Setiap Tahun! :Bazar PKNS

You are currently viewing Bazar Wajib Setiap Tahun! :Bazar PKNS

Selain bazar yang terletak di Stadium Shah Alam, bazar ramadan di Kompleks PKNS Shah Alam ni juga menarik tumpuan pengunjung yang ingin mencari juadah untuk berbuka puasa tau! 

Kami dari team Purple Durian sendiri sudah pergi ke kawasan bazar yang ada di PKNS Shah Alam ini. Bagi kami, kami tiada masalah tentang parking kerana ada tempat bagi pengunjung parking di kawasan bazar itu namun berbayar. Okay lah kan daripada kita kena saman? 🤭

Bazar PKNS Shah Alam ni tidaklah sebesar bazar di Stadium Shah Alam, tapi banyak jugak juadah yang boleh kita pilih untuk kita nikmati setibanya waktu berbuka.

Jom kita tengok apa yang ada di bazar ni:

Kopi Vietnam ni rasanya sangat menarik dan ‘kaww’ lah orang kata. Walaupun kami beli awal, rasa kopi dari GOOFFEE ni masih rasa sedap tau korang sampai tengah malam!
Selain daripada air kopi, kami juga ada membeli kebab yang korang boleh nampak masa korang nak scan MySejahtera korang tu tau. Sedap!
Kat gerai ni pulak, ada bermacam-macam masakan goreng seperti mihun goreng, nasi goreng dan mi goreng yang berharga hanya RM4 je tau korang. Berbaloi kan?
Ada ke yang pernah try Murtabak Mee Ayam ni? Macam menarik je..
Makanan selera pantai timur ni haruslah ada! Korang tengoklah sendiri nampak sedap kan masakan yang tersedia tu.
Ni sesuai untuk korang bawak adik-adik korang pergi ke gerai ni. Biar dorang sendiri pilih apa yang dorang nak sebab banyak betul variasi dari nugget hinggalah ke rangka ayam.
Banyaknya pilihan nak pilih 😍
Kat sini ada shawarma jugak tau korang! 🌯
Sedapnya dapat basahkan tekak dengan air tembikai waktu berbuka nanti 🍉

Korang rasa best tak? Kalau best jangan lupa singgah di bazar PKNS sepanjang bulan ramadan ni tau! Korang pun boleh refer bazar video ini!

Bazar mana lagi korang nak kami cover? Jangan lupa tengok video kami di bazar ni di laman Instagram dan Tiktok kami! Boleh tinggalkan komen kat bawah tau! 

Lokasi

Kompleks PKNS Shah Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Leave a Reply