Froogurtz, jenama yang semakin terkenal di Malaysia yang dibina oleh seorang pemuda dari Kelantan. Pemuda tersebut dikenali dengan nama Jude Yusoff adalah seorang bekas guru muzik dimana beliau telah hilang pekerjaan semasa pandemik Covid-19. Pelbagai jenis pekerjaan telah dilakukan untuk menambah pendapatan beliau semasa pandemik. Beliau berniaga nasi lemak dan menjual jus buah ditepi jalan.
Selepas beliau membeli minuman yogurt buatan sendiri di gerai di tepi jalan telah tercetusnya idea dari Jude untuk membuka frozen yogurt di Kelantan. Menurut Jude, frozen yogurt tidak ada lagi di Kelantan pada masa itu. Untuk mencipta jenama Froogurtz beliau telah menjalankan beberapa kali R&D untuk mencipta resepi sendiri.
Disitulah permulaannya Froogurtz, semua produk yang dijual di Froogurtz, yang dilancarkan pada November 2020, adalah 100% daripada resipinya sendiri yang dibuat melalui R&D. Katanya, dia mula menjual yogurt sejuk beku miliknya di sebuah kiosk di sebuah rumah kedai berhampiran Bandar Baru Tunjong, Kelantan, sebelum berpindah ke kedai yang lebih besar pada Mac 2021.
Kini Froogurtz telah memiliki 16 cawangan di Malaysia iaitu di Kelantan, Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, KL, dan Penang. Apa yang penting Froogurtz memiliki harga yang lebih murah dan kuantiti yang lebih besar berbanding dengan jenama besar yang lain. Dari segi harga, cawan kecil mereka, yang disertakan dengan satu topping, berharga RM11.90, manakala yang terbesar, dipanggil trenta, yang didatangkan dengan dua sos, dua bijirin dan tiga buah segar, berharga RM19.90.
Froogurtz bukan saja ada froyo tetapi mereka juga memiliki menu baru iaitu yogurt smoothies, froofle, coffee dan lain-lain. Harganya juga sangat berpatutan dan kuantitinya banyak. Puas sangat kalau dapat minum masa cuaca panas-panas macam ini. Apa yang bestnya di Froogurtz, mereka memiliki pelbagai jenis topping yang anda boleh pilih bermula dari sos, crunch dan buah-buahan.
Oleh itu, jangan lupa untuk support jenama tempatan untuk lebih maju dan berjaya. Jenama ini mungkin boleh dibawa hingga ke peringkat antarabangsa. Tiada yang mustahil untuk berjaya. Jemput hadir ke Froogurtz ! Follow mereka di Facebook dan Instagram.