QSR Brands Menawarkan Combo Meal Rahmah KFC Dan Pizza Hut Dengan Harga RM5

  • Post author:
  • Post category:News
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing QSR Brands Menawarkan Combo Meal Rahmah KFC Dan Pizza Hut Dengan Harga RM5

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2023 – Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur.

Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023. Pada hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.

YBHG. DATUK SERI HAJI SALAHUDDIN BIN AYUB

“Inisiatif Menu RAHMAH adalah untuk membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup yang melibatkan makanan siap di masak. inisiatif Menu RAHMAH merupakan private driven initiatives dengan daripada pengusaha sektor makanan. Semenjak inisiatif Menu RAHMAH ini dilancarkan pada 31 Januari 2023, ianya mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pihak pengusaha makanan dan mendapat tempat di hati rakyat terutamanya pekerja dan pelajar dari keluarga B40 kerana inisiatif tersebut telah banyak membantu menjimatkan duit poket mereka.” kata Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

MR NEHCHAL KHANNA

“This Menu Rahmah project reflects the government’s attentiveness to the needs of its people and we at QSR Brands hope to do our part in supporting the cause. We know that our country will continue to face challenges as the global economy fluctuates, but I am confident that Malaysia will see this through, as it always has. In conclusion, I want to thank the Minister and the Government for this opportunity. QSR Brands fully supports the Menu Rahmah initiative and it gives us great pride to be part of a programme that is helping to feed Malaysians from all walks of life.” kata Mr Nehchal Khanna – Ceo/Md Qsr Brands (M) Sdn Bhd

display product

Menu RAHMAH ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu RAHMAH KFC Meal (Seketul Ayam, Roti Butterscotch berserta Air Mineral) dan Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu. Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).

Menu RAHMAH KFC & PIZZA HUT

Menu RAHMAH adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah. Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.

KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my.

KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.