Restoran Yang Memiliki Lebih 150 Menu Terletak Di Johor Bahru, Biar Betul !

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Restoran Yang Memiliki Lebih 150 Menu Terletak Di Johor Bahru, Biar Betul !

Korang sedang mencari port lepak best dan makanan yang sedap-sedap. Haa sini lah tempat dia sebab ada macam-macam jenis makanan dan minuman yang korang boleh order dari makanan tempatan hingga makanan western. Best kan. Restoran ini bernama Restoran The M Bandar Baru Uda terletak di Johor Bahru. Haa mana orang Johorian korang tahu tak tempat makan best ni. Diorang memiliki lebih 150 menu untuk disajikan dekat korang. Kalau girlfriend korang tak tahu nak makan apa boleh bawa datang sini. Memang semua makanan ada tak payah korang pening kepala kan. Hahaa

Restoran The M ini memiliki interior design yang sangat cantik dan selesa. Memang best kalau korang nak ajak kawan-kawan lepak atau buat family gathering sambil makan-makan. Pada waktu malam pun best dengan lampu-lampu yang dipasang sekeliling restoran buatkan restoran jadi lebih meriah.

interior

Kalau korang nak tahu restoran ni bukan biasa-biasa tau, cakap je korang teringin apa contohnya nak lamb chop, nasi ayam, mee sizzling, cendol, satay, shawarma, burger, bakso, makanan thai dan banyak lagi. Min rasa kalau pergi sini min tak keluar dah dari tempat ni sebab nak kena habiskan banyak makanan. Apapun min akan racun korang dengan tengok video review ni mesti korang terliur punya.

Kepada korang yang nak bercuti ke Johor boleh singgah ke Restoran The M ni dan banyak lagi restoran best yang ada di sekitar Johor Bahru. Nak tahu jom baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/moden/port-nasi-lemak-paling-best-di-johor-semestinya-nasi-lemak-malam-jumaat/

Menu Restoran The M

1. Satay (RM1.20/pcs – RM1.80/pcs)

Satay

Haa satay dekat sini pun sedap korang, ini korang kena try. Dekat Restoran The M ni ada satay daging, ayam, kambing dan juga satay babat. Babat itu adalah perut lembu. Kalau korang suka dan teringin nak try boleh order dekat sini. Susah tau nak cari menu satay babat ni.

2. Grilled Salmon (RM27.00)

Grilled Salmon

Mereka juga menu untuk penggemar ikan salmon. Jarang nak jumpa restoran western yang ada menu salmon ni. Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk makan dekat sini.

3. Burger Southern Spicy Chicken Crispy (RM15.00)

 Burger Southern Spicy Chicken Crispy

Ini juga antara menu yang ramai peminat burger chicken crispy ambil untuk cuba. Rasa dia memang tak mengecewakan. Sedap dan juicy je weh ! Kena cuba !

Ini antara menu yang Restoran The M sediakan. Min bagi 3 je la ya kalau nak bagi 150 menu pengsan min. Tapi korang boleh tengok menu yang mereka ada disini. Jadi sebelum datang korang boleh lah survey dulu nak makan apa. Min jamin dekat sini semuanya sedap. Restoran The M ini akan dibuka setiap hari pada jam 4 petang hingga jam 4 pagi. Haa korang yang suka cari makan tengah malam tu boleh datang sini sebab macam-macam ada.

Location
📍 Restoran The M Bandar Baru Uda

1 & 3, Jalan Padi Emas 3/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/QcUjXu8PAvFGpjxJ6

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@the_m_restaurant