Hari ni min nak kenalkan dekat korang satu restoran pasta yang menyajikan pelbagai jenis pasta, nasi dan juga dessert untuk korang datang dan cuba makanan dekat sini. Nama restoran ini adalah Pasta Ohsem dimana ia memiliki lima outlet di kawasan PJ dan juga Kuala Lumpur. Walaupun nama restoran dia pasta tapi banyak juga jenis pilihan nasi yang korang boleh pilih tau. Jadi tak ada lah korang kena makan pasta je boleh juga try dia punya nasi dan dessert. Apa yang penting semuanya sedap-sedap.
Tapi kalau korang nak tahu restoran ni sangat sesuai kalau korang datang nak lepak dengan kawan-kawan atau family sebab tempat dia sangat selesa dan besar. Design restoran ini sangat minimalist tapi cantik. Apa orang selalu kata aesthetic? Haa iya restoran ni nampak aesthetic dan best untuk korang bergambar sambil makan-makan pasta.
Selain itu, pasta yang mereka hidangkan pun bukan biasa-biasa tau. Contohnya, Spaghetti Mamak with Egg, Masak Lemak Pasta, dan Spicy Korean Pasta. Kalau korang nak tahu betapa bestnya pasta dekat sini korang boleh tengok video review dari Rhys William ni memang buat min terliur weh !
Korang yang jauh macam dekat Kelantan dan Terengganu tu jangan risau korang boleh juga try makan makanan western di restoran aesthetic macam Pasta Ohsem ni. Korang boleh try makan di Kuala Nerus. Nak tahu jom baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/jomo-eatery-kedai-kayangan-western-di-kuala-nerus/
Menu Pasta Ohsem
1. Spicy Korean Pasta (RM17.50-RM24.50)
Siapa sini minat sangat dengan korean spicy chicken korang kena try pasta ni. Rasa pedas manis makan pula dengan ayam memang terangkat weh.
2. Masak Lemak Pasta (RM16.40-RM38.40)
Masak Lemak Pasta ni dah mula viral di Malaysia dimana kita buat gabungan makanan local dengan western. Rasa pedas dan lemak dia memang macam makan masak lemak yang asli.
3. Nasi dan Ayam Masak Kicap (RM14.20)
Tak puas makan pasta je biasa lah orang Malaysia mesti nak juga makan nasi korang boleh try menu ni nasi bersama ayam masak kicap dia memang sedap sangat.
4. Aglio Olio (RM12.00-RM20.80)
Penggemar Aglio Olio memang wajib cuba pasta ni di Pasta Ohsem. Min yakin rasa sekali mesti korang datang lagi. Pasta Aglio Olio dia memang cukup rasa sedap sangat sesuai untuk korang cuba.
Untuk pengetahuan korang Pasta Ohsem ni buka dari pukul 10 pagi hingga 11 malam di area Petaling Jaya. Korang juga boleh waze beberapa outlet lain contohnya di Puchong, Kuchai Lama, Setapak, Damansara Perdana, dan Subang. Restoran ni buka setiap hari tau jadi hari apa-apa pun korang boleh datang. Kalau korang nak discount 10% masa makan dekat sini korang boleh register under Club Cari Makan. Nak tahu menu apa yang ada boleh klik sini.
Location
📍Pasta Ohsem (Petaling Jaya)
30, Jln 21/19, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/kVEyfvaDE68437mRA
📲Instagram: https://www.instagram.com/pastaohsem/
📲Facebook: https://www.facebook.com/pastaohsemmalaysia/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@pastaohsem?lang=en