Port Steamboat dan Nasi Arab yang Best di Dapur Arang Corner

You are currently viewing Port Steamboat dan Nasi Arab yang Best di Dapur Arang Corner

Dapur Arang Corner di Nilai terkenal kerana steamboat arang mereka bukan biasa biasa tahu. Mereka menggunakan arang sebagai api untuk memanggang bukan menggunakan gas. Jadi masakan itu lebih sedap bau dan unik sangat!

Bagi min ini alternatif yang okay if korang nak try menu steamboat selain Seoul Garden kalau nak dibandingkan dengan harga yang jauh beza. Mereka turut viral kerana Nasi Arab Mandy yang unik sangat dan rasa premium betul.

Dapur Arang Corner
Dapur Arang Corner

Lapar lapar terus je singgah disini kerana harga yang ditawarkan serendah RM45 untuk pax seorang dewasa dengan portion dan bahan mentah yang banyak untuk korang pilih.

Untuk students pun lagi best sebab korang akan dapat 10% discount jadi raikan lah hari korang dengan makan steamboat lepas penat exam ataupun lepas bertarung siapkan assignment korang tu hahahaha. Dibawah ini min letak list harga untuk setiap pax okay hehe.

Harga Steamboat di Dapur Arang Corner
Harga Steamboat di Dapur Arang Corner

Kedai Dapur Arang Corner ini memang besar ye gais so sangat sesuai untuk korang datang makan ramai ramai dengan kawan korang atau keluarga. Cuma disini tiada aircond jadi dengan asap dan haba itu agak panas dan min rasa kurang sesuai nak bawa anak kecil.

Suasana di Dapur Arang Corner
Suasana di Dapur Arang Corner

Tetapi korang pujuk je anak korang dengan ais krim dari buffet steamboat itu. Confirm happy diorang! Min memang recommend korang untuk cuba datang ke kedai ini untuk merasa keunikan masakan disini terutamanya menu viral steamboat mereka dan Nasi Arab Mandy.

Jangan risau korang mereka sangat mengekalkan kualiti bahan bahan yang digunakan terutamanya daging mentah, ikan, ayam, seafood dan sebagainya untuk pakej steamboat. Order Nasi Arab dengan steamboat memang kenyang sebulan korang okay!

Steamboat di Dapur Arang Corner
Steamboat di Dapur Arang Corner

MENU

1. Steamboat Grill & Nasi Arab Mandy ala buffet (RM45/PAX)

Sempena Ramadhan, restoran mereka menyediakan buffet untuk korang makan sepuas puasnya sampai kembong perut. Dalam pax ini korang boleh dapat steamboat, nasi arab ayam bakar mandy, pasta, mee kari, nasi lemak, nugget, popcorn, waffle, roti bakar, bijirin, kurma dan sebagainya.

Untuk bahan mentah pula korang amik je semua seperti ayam, kambing perap, sotong, udang, ikan, lala, aiskrim dan banyak lagi menu menu menarik. Untuk buffet ini korang kena booking dulu tahu tak boleh terus terjah je nak makan ini. Selamat menikmati korang!!!

Seafood untuk Steamboat di Dapur Arang Corner
Seafood untuk Steamboat di Dapur Arang Corner

2. Nasi Arab Mandy Sotong Buncit / SET H (RM20)

Nasi arab dihidangkan sekali dengan sotong bakar buncit. Sotong besar isi lembut memang terus masuk dalam perut korang. Lembut sangat dan perapan sotong pun memang ngam woi!

Nasi Arab Mandy Sotong Buncit
Nasi Arab Mandy Sotong Buncit

3. Nasi Arab Mandy Kambing / SET F (RM22.90)

Yang ini pula korang makan nasi arab dengan kambing perap dengan sos black pepper. Memang tempting habis dengan kambing yang lembut isi dan tak hanyir bau! Peminat lamb wajib order menu ini.

Nasi Arab Mandy Kambing
Nasi Arab Mandy Kambing

So apa lagi korang kalau mengidam nak makan steamboat dan nasi arab mandy sila cepat cepat serbu ke dapur arang corner yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dari pukul 4:30 petang sehingga 12 malam. Kedai yang luas dan selesa untuk makan beramai ramai, portion besar dan yang paling penting harga rahmah je korang. Mur mur sahaja especially untuk students makan beramai ramai! Jemput datang ke Dapur Arang Corner.

Pilihan Nasi Arab Mandy di Dapur Arang Corner
Pilihan Nasi Arab Mandy di Dapur Arang Corner
Steamboat Dapur Arang Corner
Steamboat Dapur Arang Corner

LOKASI

📍Dapur Arang Corner
pt10013 ground floor jalan, fasa 2B, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/MJfG4mNvNoCFTJ1z6
📱Facebook : https://www.facebook.com/DapurArangCorner/?locale=ms_MY
📱Website : https://dapurarangcorner.com/?category=all-products
☎️Phone : 0132566558