Warong Che Limah: Port Breakfast Klasik Viral Vibe P.Ramlee

You are currently viewing Warong Che Limah: Port Breakfast Klasik Viral Vibe P.Ramlee

Makanan paling penting dalam hidup kita sebenarnya adalah sarapan. Sebab tu penting untuk kita mulakan hari kita dengan sarapan yang sedap dan berkhasiat. Memang dengan lifestyle yang sibuk kita lebih suka mencari fast food ataupun ada juga yang terus tak breakfast langsung. Tapi tu sebenarnya langsung tak menyihatkan. Jadi, hari ni min nak share satu port breakfast yang confirm boleh terus bagi selera korang terangkat; Warong Che Limah.

Sumber: Facebook

Terletak di Klang, ni memang port sarapan yang popular bukan setakat makanan dia yang simple dan sedap tapi harga yang berpatutan so takdelah korang bayar sampai RM20 sorang untuk breakfast. Tapi kalau nak makan kat sini, bangun awal ya. MHI datang buat liputan kat sana datang awal pun orang dah beratur panjang. So perbanyakkan bersabar kalau datang sini. Tapi, kalau datang awal korang akan disajikan dengan vibe ala-ala 50-60an dengan dekorasi, perabot, musik P.Ramlee yang berkumandang dari radio dan tv lama. So korang boleh makan kat warong hipster dengan harga marhaen. Lagi satu, kat sini takde table service tau. Yela, pelanggan ramai betul cara ni paling efisien. Dorang pakai sistem pager tau kat sini. Jangan main-main! So lepas order, korang boleh ambil tempat dan tunggulah pager tu berbunyi. Macam kat cafe gitew.

Sumber: Facebook

Menu

Menu di Warong Che Limah memang simple tapi sedap, menyelerakan sesuai untuk mulakan pagi korang. Mari kita tengok apa yang best kat sini yang korang boleh try.

1) Bubur Nasi Perindu

Sumber: TikTok

Kalau korang nak something yang mengenyangkan tapi tak muak, boleh try Bubur Nasi Perindu ni. Dengan telur separuh masak dan topping ayam, kacang dan bawang goreng rangup, memang ngam lah. Min setuju; 10/10.

2) Lempeng Che Limah

Sumber: TikTok

Lempeng dan sambal ni memang signature dish dorang. Kalau korang rasa bosan makan nasi, bihun dan nak breakfast yang ringan-ringan, boleh order Lempeng Che Limah ni. Lempeng dia lembut dengan rasa sambal pedas memang kick sungguh.

3) Roti King Goyang

Sumber: TikTok

Roti ni memang ‘king’. Roti bakar dengan telur goyang biasa pun ada kalau nak order. Tapi kalau datang Warong Che Limah takkan nak order yang beshe-beshe je. Roti King Goyang ni dia gunakan roti pandan, kaya dan telur separuh masak tau. Kombinasi tu memang membuka selera sangat.

Review

Menu simple tapi sedap dan harga berpatutan. Apa lagi yang korang nak? Min nasihatkan kalau korang nak datang sini sila datang awal ya. Kalau tak, beratur lah korang. Warong Che Limah beroperasi dari pukul 7 pagi sampai 11 pagi je sebab memang menu dorang cuma menu sarapan sahaja. Kalau korang datang sini, komen lah apa yang korang rasa best kat sana.

Lokasi

📍Warong Che Limah (7:00 am – 11:00 am)

Lot 2152, 41050 Klang, Selangor

🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/Ga4oshTmMjt2uVTHA

📱Facebook : Warong Che Limah HQ

Sempena bulan puasa ni, boleh lah pergi ke Bazar Ramadan Shah Alam untuk cari makanan best-best untuk buka puasa nanti.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.