Cafe Kopi Hutan Nurjannah Camp & Eco Resort yang terletak di Pontian Johor ni memang port ngopi tersembunyi yang best untuk minum kopi dan makan sambil menikmati panorama alam semesta.
Cafe ni buka bermula pukul 2 petang sehingga 12 pagi pada hari isnin hingga khamis, manakala pada hari jumaat, sabtu, dan ahad, cafe ni akan dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.
Lokasi ni memang sangat best. Anda boleh tenangkan diri dari pelbagai kesibukan dunia. Di sini, anda boleh melakukan aktiviti riadah atau melihat kawasan sekitar hutan selepas minum kopi. Jom tengok review di sini. https://vt.tiktok.com/ZS84Ua8Xo/
Mari tengok apakah menu yang ada di cafe ni.
1. Snacks
Anda boleh dapatkan Roti Bakar serendah RM 3.50 atau Chicken Wings dengan harga RM 15. Harga paling murah untuk snacks yang anda boleh dapatkan ialah Mee Siput serendah RM 3.00 sahaja. Ada juga snacks lain yang anda boleh cuba seperti keropok lekor dan French Fries.
2. Makanan
Kalau nak makan nasi, anda boleh dapatkan Nasi Lemak Telur denga harga serendah RM 5.00 sahaja. Selain itu, terdapat juga Nasi Lemak Ayam, dan Maggi Goreng dengan harga RM 8.50.
3. Dessert
Ada pelbagai dessert yang sedap dan murah di sini. Antaranya, Panna Cotta dengan harga RM 7.00. Anda juga boleh dapatkan Choc Moist RM 8.00 dan Brownies dengan harga RM 10.00.
REVIEW
Bagi anda yang cintakan keindahan alam, Cafe Kopi Hutan Nurjannah ni memang tempat yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik secara berkumpulan. Min senaraikan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama rakan-rakan.
Kalau anda minat nak menerokai hutan, boleh buat tempahan untuk Jungle Trekking dengan harga RM 15/ pax. Paling best, korang boleh camping ramai-ramai tau. Kalau nak camping, boleh buat tempahan dengan harga RM 50/ base.
Bukan itu sahaja, ada juga aktiviti best dengan anak-anak. Anda boleh perkenalkan anak-anak anda dengan aktiviti memanah. Anda hanya perlu membayar RM 10/ pax. Ada macam-macam lagi aktviti menarik yang boleh anda lakukan di sini.
Bukan sahaja beriadah dan makan-makan, anda dapat meluangkan masa yang menyeronokkan bersama ahli keluarga anda.
LOCATION
📍Cafe Kopi Hutan Nurjannah Camp & Resort
JAP40-9/2 Guard House 665, Kampung, Jalan Air Putih, Kampung Sawah, 81500 Pekan Nanas, Johor
🗺Google maps: https://maps.app.goo.gl/QKUM3PaQ5srBstYG9?g_st=ic
📞Phone: 011-1062 8245
📲Facebook: https://www.facebook.com/Nurjannahresort?mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/nurjannah_campresort?igshid=YmMyMTA2M2Y=