Kfry Memperkenalkan Rasa Raya Box untuk Peminat Makanan Korea

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Kfry Memperkenalkan Rasa Raya Box untuk Peminat Makanan Korea

Hi semua, dah bersedia untuk bulan puasa ke? Tak sangka kan cepat je waktu berlalu. Tiba tiba Ramadan dah kembali lagi. Untuk Ramadan kali ini, apa resolusi anda? Kalau resolusi anda ialah untuk berkongsi makanan bersama orang yang tersayang, Min ada cadangan yang sesuai untuk anda.

Kfry Urban Korean atau lebih dikenali sebagai Kfry merupakan jenama restoran Korea yang sangat popular di Malaysia. Ia mengkhusukan dalam ayam goreng Korea bersama dengan pelbagai lagi makanan Korea yang tradisional, dengan sentuhan moden.

Kalau korang ingat lagi, dulu Kfry ni orang beratur tau nak masuk. Min pun pernah beratur untuk cuba makanan Korea di sini. Memang berbaloi lah sebab porsi dia besar, dan makanan dia memang sedap. Mereka juga dikenali dengan ayam goreng keju mereka di mana pelayan restoran Kfry akan datang ke meja dan membalut ayam goreng cheese tu depan mata kita. Memang pengalaman yang seronok.

Sumber: @AsilahBakri (Twitter)

Rasa Raya Box (RM 60)

Sempena Ramadan ini, Kfry ada membuat promosi Rasa Raya Box di mana korang boleh mendapatkan pelbagai makanan daripada dengan harga yang berbaloi. Tadi Min pun ada mention kalau korang nak berkongsi makanan dengan orang yang tercinta, ini lah masanya. Ada apa je dalam Rasa Raya Box tu?


👉🏻1x Golden Egg Half Chicken
👉🏻1x Original Tater Tots OR Kimgaru Fries
👉🏻2x Nasi Putih
👉🏻2x Banchan (hidangan sampingan)
👉🏻Coca Cola Rasa Asli 1.5litre

Wah, dengan harga dia yang berpatutan, ni memang promosi yang berbaloi ni!
Kalau korang nak tengok apa je lagi yang ada dekat Kfry ni, boleh tengok menu di bawah ni ya 🙂

Menu

Oh sebelum Min lupa, kalau korang peminat makanan Korea, Min ada cadangan restoran Korea yang lain juga. Boleh baca di sini.

Lokasi

📍 Kfry IOI City Mall

G26 IOI City Mall Lebuh IRC IOI Resort City Putrajaya, Wilayah Persekutuan 62505, Malaysia

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/DALgrKYo1vNWHdUs8

📍 Kfry Suria KLCC

LCC 02 Level Concourse Suria Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/DALgrKYo1vNWHdUs8

📍 Kfry Old Street Batu Pahat

7 Jalan Rotan Kong, Taman Sri Jaya, Batu Pahat, 83000, Johor, Malaysia

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/Dv1sL7cUTfG38ea18

📍 Kfry Sunway Pyramid

Lot OB.K4, Oasis Boulevard Ground Floor Sunway Pyramid, NO 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya Selangor, Malaysia

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/vJvNLfXqgW7Ztdyu8

📍 Kfry 1 Utama Shopping Center

LG221A Bandar Utama City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya 47800, Selangor, Malaysia

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/fvsb4EchXmGisjFu6

📲Facebook: K FRY Urban Korean – Malaysia
📲Instagram: @kfrymy
📲TikTok: @kfrymy

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.