Nikmati Fresh Coffee Di CMW Roastery

You are currently viewing Nikmati Fresh Coffee Di CMW Roastery

Coffee boleh dikatakan menjadi kegemaran ramai orang. Tapi tak semua orang tahu cara menikmati coffee tu macam mana. Apapun min nak kenalkan dekat korang satu cafe minimalist yang terletak di Bandar Mahkota Cheras. Nama cafe tersebut ialah CMW Roastery dan semua makanan minuman di situ adalah Halal. Jadi korang tak perlu risau pasal tu tau.

Biji kopi yang digunakan sangat premium dan setiap hari mereka akan panggang biji kopi baru untuk mengekalkan kualiti coffee yang mereka buat nanti. Selain dari itu cafe ni sangat cantik dan memiliki design minimalist jadi kalau korang cuba untuk relax sambil minum coffee memang best. Untuk pengetahuan korang, mereka juga ada menyediakan hidangan berat untuk brunch, lunch dan dinner.

cmw-roastery
Source: CMW Roastery Facebook

Min boleh cakap semua menu di CMW Roastery ni sedap-sedap bermula dari coffee dia sampailah ke makanan yang mereka sediakan. CMW Roastery juga collab dengan Aison Bakery jadi di cafe ni pun ada pastry tau. Kalau korang nak tengok food review dari customer boleh tengok disini.

Min tahu mesti ada food hunter yang jenis suka pergi ke cafe yang minimalist dan aesthetic kan. Bukan apa sambil menikmati hidangan boleh kita ber-ootd betul tak? Jadi kalau korang tengah cari cafe macam tu boleh baca disini.
https://purpledurian.my/makan/hygge-sweet-cafe-kafe-buat-kaki-ootd/

Menu

1. Croissant B.E.L.T With Curly Fries (RM21.50)

b.e.l.t brunch
Source: CMW Roastery Facebook

Croissant B.E.L.T With Curly Fries adalah salah satu menu brunch yang famous di cafe ni. Tengok gambar pun boleh tahu yang menu ini memang sesuai untuk korang yang tak breakfast tapi nak terus lunch. Ia mampu bagi korang kenyang dan tenaga untuk mulakan hari korang.

2. Salted Egg Pasta (RM18.50)

Source: CMW Roastery Facebook

Salted Egg Pasta adalah menu kegemaran min tau. Rasa dia yang creamy tu memang min suka. Kalau korang nak tahu salted egg sauce dia adalah homemade bukan beli di pasaraya macam kita selalu beli tu. Jadi rasa dia akan sedikit berbeza dari yang biasa.

3. Latte (RM10.00)

LATTE
Source: CMW Roastery Facebook

Rugi la kalau datang cafe tak order salah satu signature mereka betul tak? Jadi latte selalu menjadi pilihan para pelanggan sebab kita nak order coffee include nak tengok art kat atas coffee tu. Ke itu min sorang je?

Ishh! Menariknya semua menu di CMW Roastery. Portion pun besar dan latte art dia memang tiptop lah. Korang peminat pastry dan coffee boleh datang ke sini sebab cafe ni buka setiap hari bermula jam 8 pagi. Jadi korang boleh breakfast dekat sini terus atau datang pada waktu brunch. Nak tahu benda lagi best CMW Roastery ni adalah partner restaurant Club Cari Makan jadi kepada member CCM boleh datang ke sini dan nikmati diskaun sebanyak 10%. Bestnya !

Location
📍 CMW Roastery

12A, Jalan Temenggung 29/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/PumJJy8DvMjuL8538

📲Facebook: https://www.facebook.com/cmwroastery/
📲Instagram: https://www.instagram.com/cmw_roastery/?utm_medium=copy_link