Warung Acu – 1 Restoran Tapi Semua Jenis Makanan Ada!

You are currently viewing Warung Acu – 1 Restoran Tapi Semua Jenis Makanan Ada!

Hari ni min nak kenalkan dekat korang satu restoran yang paling best dekat Temerloh, Pahang. Restoran tersebut ialah Warung Acu dimana ia menyediakan pelbagai jenis makanan. Kalau korang nak makanan western, makanan korea atau makanan local dalam satu restoran ini tempatnya. Memang lengkap lah semua jenis makanan ada dekat sini.

Dengar nama warung, mesti kecil je kedainya. Eh tak ya korang nama je warung tapi restoran ni sangat besar dan aesthetic tau. Sesuai kalau korang nak celebrate birthday, anniversary dan macam-macam lagi. Harga makanan dekat sini pun berpatutan sesuai dengan kuantiti dan kualiti yang disediakan.

warung-acu
Source: Warung Acu

Warung Acu menyediakan pelbagai makanan yang korang boleh pilih sama ada nak berasingan atau set. Min nak cakap yang makanan dekat sini portion dia memang besar boleh makan 1-2 orang sesuai sangat dengan harganya. Tak percaya cuba tengok video review ni. Dah jom kita tengok menu apa yang best kalau datang ke Warung Acu ni.

Menu

1. Cheese Tarik (RM48.50) *Best Seller

cheese tarik
Source: Menu Warung Acu

Cheese Tarik antara hidangan yang paling ramai orang order bila sampai ke Warung Acu. Korang akan dapat 10 ketul ayam goreng yang disalut special sauce bersama cheese mozarella dan kentang goreng. Ini kalau korang order boleh kongsi 2-3 orang tau sebab ayam dia besar dan banyak.

2. Samyang Cheese Tarik (RM35.80)

samyang cheese tarik
Source: Warung Acu Facebook

Biasa lah orang Malaysia tak boleh berpisah dengan cheese kan. Samyang Cheese Tarik juga menjadi pilihan ramai orang. Korang yang suka pedas boleh cuba hidangan ni dan sesuai untuk 1-2 orang yang makan.

3. Mango Bingsoo (RM25.80)

mango bingsoo
Source: Warung Acu Facebook

Tak best lah kalau tak ada dessert jadi korang boleh order Mango Bingsoo untuk mulakan acara makan korang. Jangan risau ada 3 lagi Bingsoo lain yang korang boleh pilih.

Haa.. tengok la korang semua menu ni menyelerakan. Selain makanan Korea ada juga makanan lain seperti mac & cheese, buttermilk chicken chop, raja nasi goreng dan lain-lain. Aduh lapar min jadinya. Korang kalau nak tengok makanan apa lagi yang ada boleh tengok di Menu Warung Acu.

Senang lah nanti untuk korang prepare dulu nak makan apa before datang takut sampai-sampai terorder semua makanan sebab semuanya sedap-sedap. Kalau korang nak cari restoran apa lagi yang best di Pahang boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/jaman-tory-resepi-port-paling-viral-di-kuantan/

Buka setiap hari pada jam 3 petang hingga 11 malam. Apa tunggu lagi jom pergi Warung Acu!

Location
📍 Warung Acu

9, Jalan Dagang 2, Taman Bukit Angin, 28000 Temerloh, Pahang

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/KrkZVfDk5nZbTcEo9

📲Facebook: https://www.facebook.com/warungacu/
📲Instagram: https://www.instagram.com/warung_acu/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@warungacu