Arianna Kitchen: Berkongsi Minat Memasak Sejak Berumur 14 Tahun

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Arianna Kitchen: Berkongsi Minat Memasak Sejak Berumur 14 Tahun

Masa korang sekolah menengah korang buat apa? Kebanyakan kita prepare untuk SPM, lepak dengan kawan-kawan dan ada juga yang buat kerja part time. Tapi tak ramai yang buat bisnes daripada sekolah sebagai usahawan remaja sampai jadi businesswoman berjaya. Di situlah permulaan Arianna Kitchen dalam dunia bisnes.

Permulaan

Sumber: Shopee

Minat memasak sudah ada dalam dirinya sejak berusia 14 tahun lagi. Arianna Natasha Ramlee memulakan langkah pertama dengan meringankan tulang untuk membantu ibunya di dapur.

Anak kedua daripada tiga beradik telah memulakan perniagaan kecil secara dalam talian dengan menjual kek coklat brownies sejak beliau berumur 16 tahun lagi. Itu kerana ‘brownies’ ialah makanan pertama yang berjaya dihasilkan selepas lima kali mencuba. Selain daripada itu, beliau membina pengikut di media sosial dengan rajin berkongsi pelbagai resipi masakan dengan pengikutnya di media sosial.

Dulu Model, Kini Pengarah Syarikat

Sumber: Nona

Sebelum bergelar usahawan muda, beliau pernah bergelar model sambilan dan sering terlibat dalam kempen jenama terkenal seperti Panasonic, Nivea, Sunsilk, Victoria Secret dan Bath & Body Work. Di samping itu, beliau juga pernah berkecimpung dalam bermacam bisnes secara kecil-kecilan seperti menjual tudung, pakaian dan alat solek.

Setelah bisnes F&B beliau semakin berkembang dan kukuh, pada tahun 2019 Arianna Kitchen yang diasaskan bersama kakaknya, Sabrina Natasha, secara rasminya berpusat di Semenyih dan beliau menyandang peranan sebagai chef merangkap pengarah.

Jadikan Neelofa Sebagai Sumber Inspirasi

Beliau menjadikan usahawan terkenal, Neelofa sebagai inspirasi. Baginya, peluang sebegini tidak mudah dicapai oleh orang semudanya tetapi beliau kental dan terus berusaha. Neelofa menjadi idolanya dalam bisnes dan sentiasa menjadi ingatan untuk beliau terus seimbangkan keluarga dan kerjaya bisnes dan tidak mengabaikan apa-apa yang beliau ceburi.

Beliau sendiri akui perjalanan berniaga bukan mudah dan hanya untuk yang berjiwa kental. Penat memasak, membungkus dan menghantar pesanan-pesanan sepanjang hari. Juga memastikan keharidan media sosial sentiasa ada sebagai taktik pemasaran. Tidak kurang juga menghadapi kecaman di media sosial. Tetapi berkat usaha dan kesabaran, beliau berjaya akhirnya.

Kini, bisnes beliau sekarang bukan setakat brownies je tau. Semakin rancak dalam industry F&B, beliau sekarang dah ada dua bisnes lain iaitu Arianna Bytes (Kek) dan Dapur Arianna (premium laksam dan pulut kuning) berkat kecekalan, doa dan sokongan yang tersayang.

Bisnes dan Peribadi Arianna di Media Sosial

Sumber: Instagram

Selain daripada dua akaun IG bisnes beliau, ada LIMA lagi akaun media sosial beliau yang korang boleh follow kalau korang berminat nak tahu perkembangan Arianna iaitu @arianna.kitchen, @ariannakitchen.hq, atau akaun peribadi beliau @arianna_natasha di Instagram, page Arianna Kitchen di Facebook, dan ariannakitchen di TikTok.

Ramai sebenarnya influencer makanan kat Malaysia ni. Nak kenal lebih ramai lagi, baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.