Chiffonade Tawau yang terletak di Kubota Square ialah tempat makan yang menghidangkan menu berasaskan seafood kepada pengunjung yang datang. Tak lupa juga, min share untuk anda warung cafe untuk makan-makanan Kelantan kalau anda berada di Sabah. https://purpledurian.my/makan/warung-d-kelate-menu-dari-kelantan-di-tawau/
“Kepakaran kami adalah membahagiakan seisi
keluarga kamu dengan hidangan utama seafood
kami” – Chiffonade Tawau.
Chiffonade dengan misinya menghasilkan hidangan seafood terbaik menjadikanya salah satu tempat makan yang menarik untuk anda kunjungi.
Lebih menarik lagi, lokasi ini sering menjadi tempat pilihan seisi keluarga untuk meluangkan masa bersama. Ramai juga pengunjung yang datang untuk makan sambil layan bola😍. Tempat makan ni memang nampak cantik dan meriah. Tapi kalau anda merancang hendak ke Kuala Lumpur, jangan lupa singgah di Mont Kiara untuk makan seafood di sana. https://purpledurian.my/makan/moden/sashimi-dan-seafood-yang-fresh-dan-lazat-semestinya-di-the-fat-fish-mont-kiara/
MAKANAN
1. Happy Family A (RM 71.90)
Harini min bawakan kepada anda set Happy Family A. Dengan harga berbaloi, anda bukan sahaja dapat shellout bercangkul tapi juga dapat ketam masak cili api. Udang, tomyam, nasi, chicken wings, semua dapat. Fuuhh, nampak sedap. Netizen yang datang ke Chiffonade pun kata makanan di sini memang sedap.
2. Happy Family B (RM 132.90)
Kalau anda nak jimat lebih, dengan harga lebih murah untuk 6-10 orang, boleh dapatkan set Happy Family B. Anda dapat jimatkan RM 34.60. Anda juga akan dapatkan sotong telur masin dan lain-lain hidangan seperti dalam set A.
3. Fantastic Dinner Grill Chicken Chop (RM 33)
Bukan seafood sahaja yang ada, anda boleh dapatkan western food di sini. Nak makan western food yang jimat dengan partner, boleh order dengan harga serendah RM 33. Anda akan dapat Grill Chicken Chop dengan sos Teriyaki, dan juga ikan.
4. Fantastic Dinner Mix Grill (RM 55)
Kalau anda teringin makan ayam, daging kambing dan ikan yang digrill dengan bestie pula, boleh order set ini. Semua ni anda akan dapatkan dalam satu pinggan😍. Anda juga dapat makan cheese sausage yang digrill.
https://purpledurian.my/makan/tradisional/laksa-dari-pedagang-cina-asal-usul-sebenar-laksa/
REVIEW
Bagi min, Chiffonade memang tempat makan terbaik yang patut anda kunjungi. Dapatkan makanan yang sedap-sedap dengan harga yang masuk akal di Chiffonade. Jemput semua datang cuba dan komen!
LOCATION
📍Chiffonade
Lot 29, Ground Floor, Kubota Square, Block A, Jalan Kubota, 91000 Tawau, Sabah
🗺Google maps: (https://goo.gl/maps/UzKSmzuVvmxZEVeb6)
📞Phone: (011-35211973)
📲Facebook: https://www.facebook.com/chefgondrong?mibextid=LQQJ4d
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@chiffonadecafe?_t=8aDqclnwgUr&_r=1