Sri Titingan – Restoran Seafood dan Steamboat Terbaik di Tawau

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing Sri Titingan – Restoran Seafood dan Steamboat Terbaik di Tawau
Restoran Sri Ttitingan Tawau

Restoran Sri Titingan yang terletak di Jalan St Patrick Tawau ini terkenal dengan masakan berasaskan hidupan laut yang segar. Min kata restoran ini restoran seafood dan steamboat terbaik yang ada di Tawau sebab pelbagai pilihan makanan laut ada di sini.

Restoran Sri Titingan Tawau
Restoran Sri Titingan (Foursquare.com)

Restoran Sri Titingan ini memang nampak mewah, cantik, dan moden. Suasana makan di sini juga memang selalu sibuk dengan pengunjung yang datang bersama keluarga. Pengunjung boleh pilih mau makan outdoor atau dine-in. Pada waktu malam pula, ada busker yang akan hiburkan anda. Pengunjung yang makan outdoor, boleh la layan busking sambil makan seafood.

Restoran Sri Titingan Tawau
Restoran Sri Titingan (Foursquare.com)

MENU

Restoran Sri Titingan ini menyediakan bermacam-macam hidangan termasuklah sayur-sayuran dan sup. Selain itu, pengunjung boleh memilih saiz ikan yang dikehendaki. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh memilih menu jenis masakan yang telah disediakan seperti masakan Steam Halia, Steam Taucu, Steam Hong Kong, dan Asam Manis. Bagi anda yang berada di Cheras, Selangor dan nak makan seafood boleh baca artikel ini. https://purpledurian.my/makan/moden/experiment-kitchen-semua-jenis-hidangan-di-bawah-satu-bumbung/

Min kongsikan empat jenis makanan yang anda patut cuba.

1. Ikan Siakap Steam Thai (RM 39 +/-)

Pengunjung yang datang ke restoran ini memang wajib mencuba menu Ikan Siakap Steam Thai. Ramai pengunjung yang datang memang berpuas hati dengan hidangan ni. Harga mungkin berbeza mengikut berat. Harga ikan siakap ini bermula dengan RM 3/ 100gram. Selain ikan siakap, pengunjung juga boleh request ikan bawal, ikan putih, ikan merah dan pelbagai lagi jenis ikan mengikut cita rasa pengunjung.

2. Ikan bawal cili pedas (RM 3/100 gram)

Ikan Bawal Cili Pedas Sri Titingan
Instagram: Sri Titingan Seafood

Kalau pengunjung lebih suka ikan bawal, boleh pilih menu ikan bawal masak cili pedas. Dengan harga RM3/ 100 gram, pengunjung juga boleh pilih pelbagai saiz hidangan. Hidangan dan harga memang berbaloi. Rata-rata pengunjung yang datang kesini memang puas hati. Ikan fresh, masakan pun sedap.

3. Udang Goreng Butter ( RM 20-40 +-)

Ramai juga pengunjung yang datang ke restoran Sri Titingan ni try Udang Goreng Butter. Masakan ni pun boleh request. Pengunjung yang datang kata makanan segar, harga berbaloi dan sesuai bawa family makan sekali. Kalau mau try makanan lain di Tawau berasaskan keju boleh baca artikel ini.
https://purpledurian.my/makan/nikmati-pelbagai-menu-istimewa-berasaskan-keju-di-dyummy-chicken-cheese/

4. Ketam Kari Laksa (RM 3/100 gram)

Ketam Kari Laksa Sri Titingan
Instagram: Sri Titingan Seafood

Bukan itu sahaja, kalau kamu yang di semenanjung mau makan ketam, boleh juga bah datang sini cuba Ketam Kari Laksa. Harga ketam tu berbeza mengikut jenis masakan dan berat. Kalau mau order, boleh request berapa banyak kamu mahu, lepastu boleh bagitahu mau masak masakan jenis apa. Nampak gambar pun memang sedap bah kan?

REVIEW

Walaupun hidangan dan makanan agak mahal, tapi harga yang ditawarkan memang berbaloi. Tak rugi pengunjung datang kesini. Suasana pun best, tempat luas. Paling best, boleh buat tempahan untuk pelbagai event di sini. Min memang recommend tempat ni untuk peminat seafood. Nah, min share antara review pengunjung yang datang ke sini https://fb.watch/iod09V6LQV/?mibextid=4Y0WGk

Tunggu apa lagi? Datanglah ke restoran Sri Titingan. Jemput semua datang dan cuba komen. Rasakan sendiri jenis menu dan masakan dari orang-orang Sabah. Kalau datang ke Tawau, memang mesti singgah di sini. Rugi kalau tidak datang. Sri Titingan memang restoran seafood dan steamboat terbaik.

LOCATION

📍Restoran Sri Titingan Tawau

TB 3638 Wisma Jin Ho, Town Estin II, Jalan St Patrick, Tawau 91000 Malaysia.

🗺Google maps: https://goo.gl/maps/udoq2as2vKV4xDrs6
📞Phone: 089758311
📱Facebook: https://www.facebook.com/SriTitinganSeafood?mibextid=LQQJ4d
📱Instagram: https://instagram.com/srititinganseafood?igshid=YmMyMTA2M2Y=