Korang pernah dengar tak ada satu restoran yang kita boleh custom sendiri makanan yang kita nak order tu? Mesti tak pernah. Hari ni min nak review tentang satu restoran yang menyediakan hidangan sepenuhnya pilihan kita sendiri macam mi apa yang kita nak, nak masak macam mana, daging serta sayuran pun kita boleh padankan sendiri tau.
Nama restoran tersebut adalah Kreate Take Out. Setakat hari ini, Kreate mempunyai tiga cawangan iaitu di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur, Kreate Park City Medical Center di Desa Park City, Kuala Lumpur dan yang terakhir di Kreate KPJ Damansara di Damansara Utama, Petaling Jaya. Ketiga tiga cawangan ini dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam.
Interior Kreate ini memang sangat unik dan elegan kerana mereka mengenakan warna gelap seperti hitam sebagai tema mereka. Arrangement restoran mereka juga tampak kemas dan teratur. Korang boleh tengok ada video review dari saudara Hasif Hamsyari melalui Youtube beliau mengenai restoran Kreate ini; https://www.youtube.com/watch?v=fhBiYomvArA
Menu
Cara memesan order mereka juga sangat unik. Korang kena pilih semua dari makanan base sama ada nasi atau mee yang korang nak. Korang boleh pilih sama ada nak kuey teow, mihun, mee kuning atau mee udon, lepas tu boleh pilih sama ada nak cara masak basah ataupun kering. Untuk nasi pula hanya ada satu jenis nasi iaitu Jasmin, dan korang boleh pilih nak masakan sama ada Mamak, Cina ataupun Thai
Setelah selesai pilihan base, korang kena pilih protein atau lauk yang anda inginkan seperti Chicken Beef (RM5.90), Tiger Prawn Squid (RM7.50) atau Salmon (RM8.50). Step yang terakhir adalah korang kena pilih sayur kalau korang nak. Pilihan sayur yang ada adalah Chinese Cabbage, Pak Choy atau Tofu yang ketiga ketiga berharga RM2.50, atau Shitake Mushroom atau Broccoli yang berharga RM2.90.
Kalau korang tak nak custom menu sendiri, diorang juga ada menyediakan menu western yang lain untuk korang pilih. Min lampirkan sekali menu yang diorang sediakan di bawah okay!
Review
Review di TikTok dan Instagram min pun banyak yang positif. Min suka dengn cara custom menu sendiri tu sebab senang min nak order yang tak nak sayur atau lauk apa yang min nak. Selain dari makanan diorang yang sedap, Restoran mereka sendiri pun memang selesa untuk makan di sana. Oh, btw kalau korang nak try bubur berlauk di kawasan Kuala Lumpur, korang juga boleh check out review min tentang Bubur Nasi Melawati yang menyediakan bubur nasi berlauk yang best! https://purpledurian.my/food-review/bubur-nasi-berlauk-viral-bubur-nasi-melawati/
Location
📍Kreate Take Out
Level 1, Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Website: https://kreate.cafe/
🗺️Google Maps: https://maps.app.goo.gl/aVKtUAotLceh1wW58
📞Phone: 03 2181 0240
📲Instagram: https://www.instagram.com/kreatetakeout/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/kreatetakeoutPrinceCourt/