Gula Cakery Perkenal Produk Baru Sempena Ulang Tahun Ke-7 Mereka

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Gula Cakery Perkenal Produk Baru Sempena Ulang Tahun Ke-7 Mereka

Ingat tak min pernah review tentang satu kedai manis manisan yang diberi nama Gula Cakery? Haaaaa beberapa hari lepas, mereka telah mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ketujuh di cawangan utama mereka iaitu di Kota Kemuning, Shah Alam. Acara ulang tahun mereka berlangsung selama dua hari.

 cawangan Gula Cakery yang berada di Shah Alam.
Antara salah satu cawangan Gula Cakery yang berada di Shah Alam. Sumber: Google

Sehubungan dengan itu, mereka juga memperkenalkan beberapa produk baru yang terdiri daripada croissant berlemak yang cukup lazat.

Fun fact tentang sambutan ulang tahun Gula Cakery ini, mereka bukan sahaja memperkenalkan hidangan yang baru, tetapi sebagai tanda pernghormatan kepada pengasas mereka yang mempelajari ‘the art of baking’ di Perancis.  

Croissant yang mempunyai kepelbagaian perisa
Hidangan croissant yang semestinya menggamit selera penggemar pencuci mulut

Antara produk yang baru diperkenalkan oleh Gula Cakery ini adalah penampilan sulung kepelbagaian perisa tartlet dalam 12 perisa yang berbeza.

Ini termasuklah perisa klasik seperti Dark Chocolate, Lemon Cream, Strawberry serta perisa yang baharu dan ekslusif seperti Ferrero Rocher Crunch, Heavenly Pistachio, Nutty Macadamia dan banyak lagi.

Produk baru dari Gula Cakery, iaitu Tartlet
Pelbagai perisa tartlet yang ekslusif di Gula Cakery

Pada hujung minggu yang lepas, lebih daripada 500 peminat dan penggemar pencuci mulut yang hadir untuk menikmati signature dessert yang disediakan oleh Gula Cakery.

Selain dari sesi menjamu selera, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung di sana seperi spin-and-win, cabutan bertuah serta kelas baking percuma bersama Arieni Adriena, yang merupakan pengasas Gula Cakery dan juga baker sepenuh masa.

Ariena Adriena dalam acara Baking Demo sempena ulang tahun Gula Cakery
Baking Demo oleh Arieni Adriena sempena acara ulang tahun Gula Cakery

Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Gula Cakery, di mana cawangan mereka, ingin mengetahui apa menu yang disediakan di sana atau nak order terus pencuci mulut yang best best, boleh terus ke laman sesawang atau media sosial mereka.

📍 Location

Gula Cakery, 

11, Jln Anggerik Aranda BG 31/BG, 

40460 Shah Alam, 

Selangor

Phone: 03-51314604

Website: https://www.gulacakery.com/en_MY 

Facebook: https://www.facebook.com/gulacakerymy/ 

Instagram: https://instagram.com/gulacakery?igshid=YmMyMTA2M2Y= 

TikTok: https://www.tiktok.com/@andrabygulacakery?_t=8W03qyR1VOE&_r=1