Juadah Asli Kelantan Tersohor di Warung Wok Puchong

You are currently viewing Juadah Asli Kelantan Tersohor di Warung Wok Puchong

Makanan makanan hidangan kelantan memang jadi kegemaran ramai orang dari setiap lapisan masyarakat. Sekarang ni pula dah senang nak dapatkan makanan Kelantan tanpa perlu memandu 8 jam dari KL nak ke Kelantan. Min jumpa satu restoran ni yang memang tersohor tau, katanya kat sini semua menu sedap dan rasa asli dari Kelantan.

Warung Wok Puchong. Sumber: google

Warung Wok di Bandar Puchong Jaya menawarkan beberapa makanan trandisional Kelantan kat sini. Memang terkenal dengan kelazatan semua hidangan yang mereka jual tau, patutlah ramai pencinta makanan Kelate datang makan sini. Yang istimewanya disini ialah Nasi Kak Wok dan Nasi Kerabu mereka. Laku keras gais!

Sumber: google

Nasi Kak Wok RM6

Nasi Kak Wok adalah hidangan asli dari orang Kelantan dan resipinya turun temurun tau. Nasi berlaukkan ayam yang dipotong dengan kuah gulai pekat likat dan selalunya ada sambal juga. Kat sini Nasi Kak Wok dia memang bestseller gais, yelah mana nak cari hidangan ni yang sedap kat KL kan. Kalau dah jumpa ni, semua pakat serbu!

Nasi Kerabu Ayam Berempah RM8.50

Nasi Kerabu kat sini kegemaran min, rasa dia memang sama seperti Nasi Kerabu yang dijual oleh makcik-makcik warung Kelantan. Sedap weh!

Jemput datang ramai-ramai ke restoran ni ya. Memang meriah tau kat sini sebab berbilang kaum datang menjamu selera kat sini, bukan melayu sahaja. Seronok betul tengok semua orang enjoy makanan Kelantan!

Location:

1 – 2, Jalan Kenari 12a,

Bandar Puchong Jaya,

47100 Puchong, Selangor

Instagram: https://instagram.com/warungwokmy?igshid=YmMyMTA2M2Y=